CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Oyen Buat Hal Lagi Sampai Bomba Terpaksa Datang

16-12-2021 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4265| Komen: 27

Petaling Jaya – Kenakalan seekor kucing jantan yang tersangkut pada bahagian batu di sebuah longkang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Kejadian tersebut telah berjaya dirakam @syedhairul769 menerusi dua buah video sebelum di muat naik di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video pertama berdurasi satu minit 20 saat itu, orang ramai tertanya-tanya bagaimana kucing tersebut boleh tersangkut sedangkan banyak lagi ruang yang boleh dilaluinya.


Foto: FB

Kucing tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Video tersebut telah mendapat lebih 500 komen dan 2,000 reaksi orang ramai.

“Kenapalah nakal betul si manja ni, banyak jalan yang luas, yang sempit juga dia nak lalu. Nasib baik abang bomba datang tolong,” kata @RosRahmat.

“Ingatkan budak-budak sahaja yang boleh terlekat benda-benda macam ini, sekali ‘oyen’ pun sama naik,” seloroh @AlWardah.

“Dia yang tersangkut, dia yang marah abang bomba, tak nak tolong nanti baru tahu,” ujar @FaizGaming. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 16-12-2021 10:43 AM
Petaling Jaya – Kenakalan seekor kucing jantan yang tersangkut pada bahagian batu di sebuah longkang mengundang pelbagai reaksi orang ramai.


Kejadian tersebut telah berjaya dirakam @syedhairul769 menerusi dua buah video sebelum di muat naik di media sosial baru-baru ini.


Menerusi video pertama berdurasi satu minit 20 saat itu, orang ramai tertanya-tanya bagaimana kucing tersebut boleh tersangkut sedangkan banyak lagi ruang yang boleh dilaluinya.




Foto: FB




Kucing tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan sekumpulan anggota bomba dan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Video tersebut telah mendapat lebih 500 komen dan 2,000 reaksi orang ramai.


“Kenapalah nakal betul si manja ni, banyak jalan yang luas, yang sempit juga dia nak lalu. Nasib baik abang bomba datang tolong,” kata @RosRahmat.


“Ingatkan budak-budak sahaja yang boleh terlekat benda-benda macam ini, sekali ‘oyen’ pun sama naik,” seloroh @AlWardah.


“Dia yang tersangkut, dia yang marah abang bomba, tak nak tolong nanti baru tahu,” ujar @FaizGaming. – CARI


Sumber: Kosmo
Quote Mary_jane 16-12-2021 11:55 AM
Oyen ni garang juga, dia hiss kat abam bomba. Orang tu dah lah nak tolong.
Quote zehra2 16-12-2021 12:05 PM
Edited by zehra2 at 16-12-2021 12:06 PM

comel je muka tak bersalah..
abam bomba malaysia mmg baik hati.
ari tu tgh tggu turn kat vet. dtg abam bomba bwk meow sesak nafas dari satu kes rumah terbakar. misai meow semua dah tkde..  cuping telinga luka
Quote Artemesiaa 16-12-2021 12:06 PM
Tak extreme tak oyen namanya
Quote dua_chzy 16-12-2021 12:09 PM
Ya ampun dah la muka ko sado, angle camtu lagi adeh...
Quote tipah89 16-12-2021 12:11 PM
orang nak tolong pun nak  maraaa ..haha comell
Quote Orix 16-12-2021 12:42 PM
garangnyewwww.... tp oyen kt rumah iols lembab at the same time suka cari pasal.... kucing lain tgah relax berangan2, dtg si oyen semua dia kacau sampai lari semua
Quote Thunderclouds 16-12-2021 12:59 PM
'watchoo lookin at' expression
Quote azimodin 16-12-2021 01:32 PM
Oyen kalau tak buat onar mmg xsah. Nakal dorang lain macam.
Quote sambaldurian 16-12-2021 01:36 PM
Ak pun , zmn ak budak2 pun ada lekat kepala kt pagar rumah, masuk boleh, nk keluarkan kepala balik x boleh. Jenuh membengkokkan pagar.
Quote mbhcsf 16-12-2021 01:42 PM
hikhikhik...depa memang nakal and cute , dan bila baik rumah tak luka tak sah, tak comot tak sah ...adventurous betul.
Quote mesmerize 16-12-2021 01:45 PM
hehehe teringat kat satu video viral anak kucing sorang akak ni tersangkut kat lubang air.. sheols bebel2 kat kucing dia "takkan nak panggil bomba sebab nak selamatkan ko je!"
Quote capiloton 16-12-2021 02:34 PM
Edited by capiloton at 16-12-2021 02:41 PM

oyen memang notty

[tiktok]7033340115086888219[/tiktok]

[tiktok]6926819157233208577[/tiktok]

[tiktok]6960978687915199745[/tiktok]
Quote imanjannah 16-12-2021 02:47 PM
klu x buat hal, bukan ko kan Oyen
Quote I.K.A888990 16-12-2021 02:51 PM
adoyai oyen oyen
nk marah pn xboleh sbb comey
hadap jela perangai oyen
Quote damian_lee 16-12-2021 02:59 PM
zehra2 replied at 16-12-2021 04:05 AM
comel je muka tak bersalah..
abam bomba malaysia mmg baik hati.
ari tu tgh tggu turn kat vet. dtg ab ...

kannnnn .... expression dia rasa nak cubit je



Quote Moyangkucing 16-12-2021 02:59 PM
Tak meriah hidup tanpa Oyen..
Quote yebit157 16-12-2021 03:03 PM
yen,yen. macam macam pe'el kau kan.garang pula tu orang nak tolong
Quote cik_sssara 16-12-2021 03:16 PM
Boleh buat satu page group oyen buat hal apa harini.

Oyen I malam tadi kejutkan kami suruh tunggu dia main kat laman. Pukul 3 am.
Puas pujuk siap umpan vitakraft & video sensory lagi, tetap tak layan

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.118958 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top