Kuala Lumpur– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi sebuah kajian yang dijalankan mendapati 13.1 peratus kemiskinan haid daripada golongan remaja dan wanita tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan harga yang mahal.
Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kebanyakan golongan yang tidak mampu membeli tuala wanita terdiri daripada golongan B40 di sekitar ibu negara. “Kajian rintis ini dilaksanakan melibatkan remaja perempuan dan wanita berusia 13 hingga 24 tahun di 13 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dua insititusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila perempuan atau sebuah keluarga mereka tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk T.Mohan (MIC-PUCHONG) yang ingin mengetahui keadaan sebenar masalah kemiskinan haid di negara dan perancangan kerajaan untuk mengatasi isu ini. Tambah Siti Zailah, KPWKM turut mengadakan program pekerti dengan pemberian kit kebersihan kepada 13,000 golongan remaja sebagai salah satu usaha mendidik remaja tentang pendidikan kesihatan “Program pengagihan kit pengurusan haid dilaksanakan di 1,105 sekolah seluruh negara melibatkan remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun yang menekankan aspek dari sudut kesihatan fizikal dan mental,”jelasnya.- CARI Sumber: Kosmo
|
KIM.K: Edar menstrual cup china tuIndustri tuala wanita ni pun macam scamTiap2 bulan kena beli sepanjang hidup
Thunderclouds replied at 16-12-2021 01:09 PM
Betul kaka. Educate pakai menstrual cup je lar. Amik free kt kk/kkia. Kalo dah serba serbi miskin ...
TeropongThaico: DIY pada dua henggit je utk 12 ...
TeropongThaico replied at 16-12-2021 02:24 PM
DIY pada dua henggit je utk 12+1pcs. Takkan yg tu pun tak mampu gak kot??? Mekap sekati dekat muka b ...
krustykrab replied at 16-12-2021 01:36 PM
Kang nnt bersidai cloth pad tu dh mcm org sidai baju, korg jgk yg sakitt mata kata malu lah, jaga ma ...
Aerhys replied at 24-12-2021 04:20 PM
Cloth pads boleh saja sidai dalam rumah jika tak ada kawasan tertutup di luar. Dalam bilik pun bol ...
krustykrab replied at 24-12-2021 04:26 PM
Tu lah..ikut la pada keselesaan memasing..mcm iol selesa dgn disposable pads je, insyallah mampu b ...
ADVERTISEMENT