CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Selesa Rambut Warna Perang, Malu Nak Keluar Rumah,"- Fasha Sandha 'Dipaksa' Pengarah

16-12-2021 10:36 AM| Diterbitkan: ameenarara| Dilihat: 5807| Komen: 25|Original author: ameenarara

Selama berkecimpung dalam industri seni, tidak pernah sama sekali pelakon, Fasha Sandha mewarnakan keseluruhan rambutnya menjadi perang.

Gara-gara pengarah yang 'memaksa', Fasha turutkan juga untuk membawa kelainan demi watak Hanim dalam drama arahan Osman Ali berjudul Khilaf Asmara.

Foto: Instagram Fasha Sandha

"Sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut berwarna sebegini. Tapi memandangkan ia untuk karakter, saya buat juga," jelas Fasha ketika ditemubual wartawan Mstar.


"Sebab ini juga arahan daripada pengarah drama itu sendiri untuk potong dan warna rambut saya untuk nampak kelainan. Mereka nak nampak saya betul-betul lain." tambahnya lagi.


Sebenarnya Fasha tidak kisah jika hanya diminta untuk potong rambut, namun terpaksa akur walaupun dia berat hati melakukannya.


"Mula-mula memang tak boleh nak terima, saya jadi malu keluar rumah. Habis saja shooting, saya akan warnakan hitam semula," luah Fasha tentang apa yang dirasakan ketika wartawan Mstar menemuinya di sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA (AME 2021).


Fasha digandingkan bersama Fattah Amin dan Nelydia Senrose dalam drama tersebut. Ketika menerima skrip, dia berbelah bahagi untuk terima disebabkan bentuk badan masih besar.

Tapi pengarah Osman Ali pilih Fasha disebabkan bakat bukan rupa bentuk badan dan tetap mahu dia teraju watak utama itu.

Dapat rasa drama ini bakal meletop kerana gandingan pelakon juga menarik. Mesti rating tinggi drama Khilaf Asmara nanti. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 16-12-2021 11:22 AM
Kaler hitam bukan haram ke nok???
Quote missyL 16-12-2021 11:34 AM
Pakai je la tudung nk kuar lau malu sgt.
Quote bottombikini 16-12-2021 11:40 AM
cantik... tapi tulah
Quote codenamedream 16-12-2021 11:44 AM
Since when Osman Ali direct khilaf Asmara. Bukan uchee ka?
Kalau Osman Ali OK jugak.. Mesti ada bed scene daddy timah
Quote Mary_jane 16-12-2021 11:58 AM
Ya, anyway tetaplah pakai mask, jaga sop. Kalau dah positive covid kan dah susah.
Quote electricopop 16-12-2021 01:50 PM
Whateverlah...
Quote Ain_h 16-12-2021 01:53 PM
codenamedream replied at 16-12-2021 11:44 AM
Since when Osman Ali direct khilaf Asmara. Bukan uchee ka?
Kalau Osman Ali OK jugak.. Mesti ada bed  ...

Yg dulu cerita isteri untuk di sewa tuh pengarah dia 05mann a1i jugak.. Adake bed scene?
Quote unguaurora 16-12-2021 02:05 PM
Mulotkoyak replied at 16-12-2021 11:22 AM
Kaler hitam bukan haram ke nok???

Nk kembalikan warna asal kan.. bknnya dh beruban pun
Quote dudaberhias 16-12-2021 02:40 PM
tapi cantik pulak yer stylish theyols stylekan rambut tu...
nely pun sama cantik....

cumanya wajah masing2 tu nusantara dengan hidung jambu air dikk... ikut je la macam thailand rambut hitam yang hitam betul2 tu... elok jer pelakon sana rambut hitam malah nampak herlokkkk lagiii berair nengok... takde la sampai akak kena kalih ke animal planet sebab pelakon nampak berkerak dan tak menyelerakan... tengok binatang lagi berair orang kata...
Quote I.K.A888990 16-12-2021 02:56 PM
kalau xwarna pun still boleh buat kelainan
Quote sukacactus 16-12-2021 03:52 PM
dudaberhias replied at 16-12-2021 02:40 PM
tapi cantik pulak yer stylish theyols stylekan rambut tu...
nely pun sama cantik....


Hahaha...binatang apa yg boleh buat u berair kaka duds
Quote sharlenetexas 16-12-2021 04:31 PM
Mcm muka kak lina pompom.
Quote codenamedream 16-12-2021 06:14 PM
Ain_h replied at 16-12-2021 01:53 PM
Yg dulu cerita isteri untuk di sewa tuh pengarah dia 05mann a1i jugak.. Adake bed scene?

Tak pernah tgk pulak cerita isteri untuk disewa. Osman Ali ke yg mengarah
Quote TomyamPuteh 16-12-2021 06:18 PM
Hek eleh. Yg bertudung tapi rambut karat pun belambak lambak. Fasha letak rambut hijau pun tetap cantik. Gitewww karatz fasha membekap beliau.
Quote gekkou 16-12-2021 08:19 PM
kalau betul2 malu
tolak aje offer tu acik pasah oit
Quote umbut 16-12-2021 10:56 PM
TomyamPuteh replied at 16-12-2021 06:18 PM
Hek eleh. Yg bertudung tapi rambut karat pun belambak lambak. Fasha letak rambut hijau pun tetap can ...

Kannn..acik2 yg bertudung tu sebab dah start beruban..terus bagi statement dah berhijrah tobat giteww
Quote syamzana 16-12-2021 11:31 PM
iols nmpk body yg tembun tu dulu. pelakon2 malaysia ni cuba la jaga body, sesak mata iols tgk gundu2 jd heroin.
Quote CikYaYaYa 17-12-2021 12:25 AM
Bagi iols dia nie memang lagi cantek rambut hitam jer. So patutt laa dia rsa malu rmbut warna mcm tu kot sbb memang xsesuai laa dgn dia
Quote kbyne 17-12-2021 01:03 AM
Kalau kerja tu tambah masalah,tak payah la ambil.
Mana ygutama,nak sara keluarga tapi kerja tambah masalah keluarga.

Kalau boleh ambil job yg pendek pendek jer duration contract dia,janji bebas tak terkongkong dgn pengarah yg tak reti agama.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.057150 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top