CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Hanya Allah Tahu Benci Dan Dendam Tun M'

16-12-2021 09:13 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1536| Komen: 4

“Kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, ingatlah, nikmat yang Tun peroleh melalui UMNO lebih daripada orang lain”.

Demikian respons Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah susulan kenyataan mantan Perdana Menteri itu terhadap UMNO yang didakwanya parti bertunjangkan bangsa Melayu iaitu UMNO kini dirampas perasuah dan penyangak dengan hanya menggunakan orang Melayu untuk menjadi sebuah kerajaan.


Kredit foto: Getty Images

Untuk itu Shamsul Anuar menegaskan, benci dan dendam Dr Mahathir, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Bersyukurlah. Dan jangan ingat Tun sahaja yang baik daripada orang lain. Jangan juga ingat semua orang suka pada Tun. Kita pun tahu apa yang Tun lakukan.

“Lagipun Tun tiada apa kaitan lagi dengan UMNO,” tegas beliau.

Utusan Malaysia melaporkan, Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataannya berkata, pemimpin UMNO terbabit hanya berhasrat menggunakan orang Melayu untuk jadi kerajaan dan mengguna kuasa untuk memperkayakan diri mereka.

Katanya, orang Melayu tidak mempunyai sebarang pilihan hendak menyokong parti Melayu melainkan UMNO.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-12-2021 09:27 AM
Dah berapa versi daaa..siri bercakap dengan cermin..
Quote rashiman 16-12-2021 10:39 AM
dah keluar UMNO, buat apa lagi nak sibuk2 pasal UMNO.
Quote shida81 16-12-2021 10:48 AM
apa x betul dia ckp ke? mmg dr dulu skang dan selamanya
klu da parti politik x yah fefeeling suci la
Quote Orix 16-12-2021 10:51 AM
penyangak mana nak mengaku dia penyangak.... ibarat kau panggil perompak yg rompak rumah kau, hoi perompak ! lepastu perompak tu cakap mcm kau yg jahat sebab dendam dengan perompak tu

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.096843 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top