CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Remaja Ditahan Disyaki Terbabit Kes Buli Pelajar Sekolah Menengah Di Muar

16-12-2021 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1241| Komen: 1

Lima remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di sekitar Melaka, Kuala Lumpur, Selangor dan daerah ini, disyaki terlibat dalam kes buli seorang pelajar sekolah menengah di Daerah Muar, Khamis lepas.


Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata kelima-lima mereka ditahan hari ini di sekitar Kuala Sungai Baru, Melaka; Kajang, Selangor; Kuala Lumpur dan Daerah Johor Bahru.



Beliau berkata semalam pihaknya telah menerima laporan polis mengenai kejadian seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar, dibuli pelajar-pelajar senior di sekolahnya

“Ekoran dari kejadian tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri dan telah menerima rawatan di hospital.
Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada beberapa pelajar senior yang tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya menyebabkan mereka dibuli,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, malam ini.

Kesemua remaja berkenaan akan direman di mahkamah, di Muar esok.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

“Polis memandang serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat,” kata Zaharudin.

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeskotCekelat 16-12-2021 09:49 AM
Sekolah kat Muar, yang kena tangkap kat KL, Melaka, Selangor. MRSM Muar ke?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.222799 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top