CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dari Positif Ke Negatif, Kesilapan Sistem Klinik Swasta Atau Sengaja?

16-12-2021 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1737| Komen: 7

Description: Polis Melaka menerima dua laporan berhubung sebuah klinik swasta disyaki terbabit kegiatan pemalsuan keputusan ujian saringan Covid-19.
Polis Melaka menerima dua laporan berhubung sebuah klinik swasta disyaki terbabit kegiatan pemalsuan keputusan ujian saringan Covid-19.


Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, pihaknya sedang menyiasat dan akan menubuhkan satu jawatankuasa teknikal antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi meneliti isu berkenaan sebelum merujuknya kepada pihak perundangan.


Gambar hiasan

"Kita di peringkat awal siasatan iaitu mengambil keterangan dan merakam percakapan daripada tiga pihak termasuk KKM selain akan melihat sama ada keputusan ujian saringan Covid-19 itu terdapat kesilapan sistem atau disengajakan.


"Kita telah kenal pasti dan setakat ini ia hanya membabitkan satu klinik swasta berkenaan yang masih beroperasi dan seterusnya kita akan cari bukti terlebih dahulu mengenai perkara ini dan jika kukuh kita akan panggil pihak berkenaan," katanya kepada pemberita pada Program Kami Prihatin di Taman Sri Duyong di sini pada Rabu.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya menerima aduan melibatkan sebuah klinik swasta yang memalsukan keputusan Kit Ujian Pantas (RTK) daripada positif kepada negatif.

Perbuatan itu terbongkar apabila pihaknya menerima seorang pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Melaka selepas kesihatannya merosot.

Sementara itu Abdul Majid berkata, Polis Melaka akan mempertingkatkan kawalan di sempadan negeri ini susulan pihaknya mendapat makluman mengenai Orang Kena Tahan (OKT) Abdul Hamim Ab Hamid,32, dikenali sebagai 'Long Tiger' yang melarikan diri ketika menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Tangkak, Johor.

"Di pihak Kontinjen Melaka kita akan gerakkan pasukan Op Cantas untuk membuat kawalan dan risikan sekiranya suspek itu masuk ke negeri ini," katanya. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 16-12-2021 09:59 AM
cerita psl covid
tiba2 terselit psl long tiger


Quote Minami2013 16-12-2021 10:20 AM
Sgt tidak bertanggungjwb. Patut di dakwa dan masuk penjara doktor yg palsukan keputusan covid19.
Quote musangbodoh 16-12-2021 01:33 PM
xkan x tau ujian ludah tu x dijamin 100% tepat ...ikut tuan punya badan...

boleh baca sini
Quote musangbodoh 16-12-2021 01:35 PM
supernaturalee replied at 16-12-2021 09:59 AM
cerita psl covid
tiba2 terselit psl long tiger

dh dpt blom...?
porumer x update ke lagi....masalah negara nieeee
Quote prettyuglybabe 16-12-2021 01:56 PM
semoga klinik yang tak jujur ni bankrupt..
Quote TeropongThaico 16-12-2021 02:28 PM
Macam macam
Quote supernaturalee 16-12-2021 02:54 PM
musangbodoh replied at 16-12-2021 01:35 PM
dh dpt blom...?
porumer x update ke lagi....masalah negara nieeee

hahah
tah lah dh kemana dh mengaum nye


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041581 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top