CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Tertimbus Tanah Ketika Melombong Emas Dengan Bapa

16-12-2021 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1262| Komen: 5

Description: Lelaki maut akibat tertimbus tanah ketika melakukan kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk di sini, semalam.
Lelaki maut akibat tertimbus tanah ketika melakukan kerja melombong emas di Kampung Air Sejuk di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Mohd Johari Mohd Asri, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


Kredit foto: BH Online

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa bersama bapanya sedang melakukan kerja melombong emas di kawasan berkenaan sebelum berlaku runtuhan tanah yang menyebabkan mangsa tertimbus.

Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi menyelamat mangsa.


Katanya, siasatan awal mendapati berlaku runtuhan tanah ketika mangsa berada di dalam lubang untuk melombong emas.


Kredit foto: Harian Metro

"Ketika kejadian, keadaan cuaca mendung namun sesekali hujan lebat menyebabkan tanah di kawasan berkenaan lembut.

"Usaha mengeluarkan mangsa terpaksa dilakukan menggunakan jentolak memandangkan tanah di lokasi kejadian adalah jenis tanah liat, berpasir dan mudah runtuh.

"Mayat mangsa ditemui pada jam 7 malam dan berjaya dikeluarkan kira-kira 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi di sini.


Kredit foto: Harian Metro

Afandi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 16-12-2021 01:39 PM
takziah....
Quote mbhcsf 16-12-2021 01:44 PM
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎

Quote Jitu 16-12-2021 02:10 PM
Innalillah...
Quote holothurian 16-12-2021 02:18 PM
takziah....
Quote imanjannah 16-12-2021 02:51 PM
innalillahwainnalillahirojiun

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.047320 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top