Badan Pusat Statistik (BPS) mendedahkan Indonesia mengimport banyak mesin atau peralatan elektrik; mesin atau peralatan mekanikal, dan peralatan dari Israel, sepanjang tahun ini.
CNN Indonesia melaporkan, Ketua BPS, Margo Yuwono berkata, import dari Israel adalah mesin atau peralatan elektrik dan bahagian-bahagiannya, alat-alat yang terbuat daripada logam dan mesin atau peralatan mekanikal serta bahagian-bahagiannya. Pun begitu, beliau tidak dapat berkongsi butiran nilai eksport setiap komoditi tersebut, begitu juga dengan jumlah nilai import.
Bagaimanapun Margo berkata, Indonesia bukan sahaja mengimport komoditi dari Israel tetapi juga mengeksport beberapa komoditi ke sana, terutamanya dalam bentuk lemak dan minyak haiwan atau sayuran. “Eksport kami adalah lemak dan minyak haiwan atau sayur-sayuran serta pelbagai produk kimia dan kasut,” katanya. Secara keseluruhannya, nilai eksport Indonesia ke pelbagai negara setakat tahun ini mencecah AS$209.16 bilion. Jumlah itu meningkat 42.62 peratus daripada AS$146.65 bilion pada Januari-November 2020. Sementara itu dari segi import, jumlahnya ialah AS$174.84 bilion pada Januari-November 2021. Nilai itu meningkat 37.53 peratus daripada AS$127.13 bilion pada Januari-November 2020. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT