|
Pasti sukar bagi pasangan suami isteri untuk menerima hakikat perkahwinan yang dibina bertahun-tahun tidak dikurniakan zuriat. Masalah ini menjadi bualan ramai sejak sekian lama. Terbaru, isu ini sekali lagi tular di media sosial, di mana terdapat seorang pengguna Twitter yang berkongsi nasihat dari angkasawan negara. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang lain. Melihat ciapan pengguna Twitter tersebut, ramai yang berkongsi kisah yang sama dan masing-masing bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu. Soal dapat anak adalah ketentuan Allah. Apapun tidak salah untuk ikhtiar. Insya allah. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|