Sungai Petani: Bau busuk bukan penghalang kepada orang ramai untuk mengabdikan foto dengan pemandangan indah 'lautan' kiambang di loji kumbahan Jalan Bakar Sampah, Paya Nahu, dekat sini.
Rata-rata pengunjung dilihat sanggup menahan nafas demi mendapatkan gambar menarik dikelilingi bunga yang tumbuh di permukaan kolam. Difahamkan, kiambang tumbuh sejak beberapa tahun lalu namun kali ini ia meliputi hampir keseluruhan permukaan kolam sekali gus menyerlahkan pemandangan yang indah. Ditambah dengan kawanan burung berterbangan di kawasan sekitar, ia menjadi pilihan penggemar fotografi untuk merakam gambar kenangan buat mereka.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, dia bersama rakan mengambil kesempatan ke kolam terbabit selepas kerja untuk merakam foto kenangan kerana melihat lokasi itu tular di media sosial. "Bila berada di lokasi ini, saya lihat pemandangannya sangat cantik namun untuk mengambil gambar perlu menahan nafas kerana bau yang sangat busuk. "Memang banyak komen di media sosial mengatakan bau busuk di kawasan itu namun melihatkan keindahannya di depan mata saya pasti ramai akan terpesona dan akan mengabdikan gambar kenangan," katanya. Berikutan semakin menjadi tumpuan pengunjung yang membanjiri kawasan itu, Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) memasang pita keselamatan sementara bagi menghalang orang ramai daripada memasuki jambatan konkrit menuju injap pintu kolam. Langkah itu diambil bagi mengelak sebarang perkara buruk yang kemungkinan menimpa orang ramai ketika mengambil gambar. Bagaimanapun, ia dilihat tidak menjadi penghalang buat segelintir pengunjung yang masih bergambar di atas jambatan terbabit kerana pemandangannya yang indah. Lokasi loji kumbahan itu tular di media sosial baru-baru ini selepas orang ramai dilihat sanggup menahan nafas daripada menghidu bau busuk semata-mata mahu mengabdikan foto dengan pemandangan indah kiambang yang tumbuh di permukaan kolam. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sharlenetexas: Cantik tapi busuk ala2 muka lawa tapi ketibas ketibus.
Artemesiaa replied at 15-12-2021 04:22 PM
Kalau tak diberitahu tak siapa tahu lokasi sebenar gambarnya tu pasti ramai tak menyangka
umbut replied at 16-12-2021 11:03 PM
Subur ye hasil poop. Leh campak ikan keli dlm tu. Mesti gumuk2 pastu jual..haha
ADVERTISEMENT