Mississippi – Seorang wanita di Mississippi, Amerika Syarikat mendedahkan mengenai insiden memalukan, di mana dia secara tidak sengaja membuat penstriman menerusi laman Facebook ketika melakukan hubungan intim bersama suaminya, lapor akhbar New York Post.
Wanita tersebut menerusi akaun TikTok @rroberson16 berkata, apa yang lebih memalukan adalah seramai 46 daripada pengikutnya menonton video tersebut termasuk bapanya. “Saya menangis selama seminggu dan menyangka hidup saya telah berakhir,” kata wanita tersebut. Menurutnya, sebelum insiden itu, dia sedang melayari laman Facebook apabila suaminya secara tiba-tiba menghampiri dan mula melakukan hubungan seks dengannya.
“Saya membiarkan telefon bimbit tanpa mengunci paparan skrin dan secara tidak sengaja telah menekan butang ‘live’. “Seorang rakan baik kemudiannya menelefon saya berulang kali supaya video penstriman tersebut menjadi ‘terganggu’, namun saya tidak mempedulikan panggilannya,” ujarnya. Bagaimanapun, wanita berkenaan berasa sedikit lega kerana video tersebut tidak menampakkan dirinya dan suaminya, sebaliknya hanya suara mereka yang dapat didengari dengan jelas. Klip video pengakuan wanita tersebut menjadi tular di TikTok dengan ramai netizen memberikan pandangan masing-masing mengenai kejadian itu. “Kalau terjadi kepada saya, pasti saya akan memadam kesemua akaun media sosial, menukar nama dan melarikan diri daripada semua orang,” kata seorang netizen. – CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 15-12-2021 10:37 AM
Non Muslim pon tahu malu..ini kan msia bangga ada scandal dpn ank..siap xkisah peluk bagai xkawen..h ...
krustykrab replied at 15-12-2021 02:37 AM
Benda dh lama yg ko kenangkn balik n citer kt semua org dh knp setan?
Saja ke carik publisiti muraha ...
buapakperut replied at 15-12-2021 01:01 PM
46 orang saja Yang tahu, tak cukup ramai kot
Artemesiaa replied at 15-12-2021 12:40 PM
Yang ke malu ke purak2 malu sebenarnya
ADVERTISEMENT