Nampaknya Gegar Vaganza musim 8 semakin sengit apabila sudah empat minggu bersiaran secara langsung di kaca televisyen. Apa yang menariknya, peserta paling kontroversi
yang dikatakan tidak layak sertai GV8 oleh netizen kini sudah berjaya membuktikan
bahawa mereka juga mampu setanding dengan artis berpengalaman yang lain. Siapa
lagi kalau bukan Saiful Apek dan Yassin Senario ( SA.YA ), yang kini menjadi
bualan hangat netizen apabila mampu melangkah ke minggu seterusnya. Walaupun tidak pernah mendapat tempat ketiga teratas tetapi mereka berjaya menjadi Bintang
Cuckoo Paling Gempak sebanyak tiga kali berturut-turut.
Pada minggu ke-empat SA.YA perlu membawakan lagu Getaran
Jiwa nyanyian Allayarham Tan Sri P.
Ramlee. Walaupun mendapat tempat ke-lapan tetapi SA.YA berjaya membawa
kelainan pada lagu itu. Dalam satu sidang media baru-baru ini, Apek memberitahu
dia suka dan puas hati derngan persembahan malam ini.
“ Ya, kami enjoy dan
berpuas hati dengan lagu ini. Walaupun nampak lagu ini mudah tetapi sebenarnya berat untuk kami, banyak persiapan yang kami telah buat sebelum pertandingan dan hasilnya dapat dilihat malam tadi. Ramai tak tahu Tok Ram buat arrangement seperti itu untuk menutup aib kami sebenarnya”. Katanya
kepada F8Buzz.
Ditanya pernahkah SA.YA bertengkar selama program GV ini
berlangsung. Menurut apek mereka memang pernah bertengkar tetapi bukanlah
pertengkaran peribadi.
“ Dia bukan peribadi punya
pertengkaran tetapi lebih kepada pertengkaran motivasi. Kami
bertengkar pun kami gunakan
rujukan, misalnya Tok Ram kata macamni kami perlu buat macamtu. Kami tidak mahu
gunakan pendapat peribadi masing-masing kerana ia boleh merosakakan mood kami sebelum pertandingan”. Katanya
Selain itu mereka berdua turut mengakui sejak masuk GV8,
pengikut IG dan TIKTOK mereka meningkat naik.
“ Ya, kami akui pengikut kami naik sejak masuk Gegar
Vaganza. Ramai DM kami termasuk yang
memberi komen positif dan negatif. Ada yang memberi komen berkata “ cukup-cukup lah tu buat lawak je takyah la
menyanyi” . Kami menerima komen itu dengan hati terbuka, lagipun kami ramai
askar yang akan membalas komen tersebut dan kami tidak perlu bersusah payah
membalas komen tersebut. Kami selalu berpegang pada kata-kata artis yang lebih
lama dari kami “dik jangan hidup dik puji dan jangan mati dik keji," Katanya.
Ditanya spontan
mampukah masuk sampai ke final?
Jawab Apek dan Yasin sambil ketawa “ kami akan sampai ke final cuma bezanya kami di atas buat persembahan atau kami di
bawah sebagai penonton. Untuk minggu keempat menyaksikan Adibah Noor sebagai juara manakala Dato' Fazley Yaakob tersingkir. Akhir kata, tiada yang mustahil untuk dua
pelawak lagenda ini masuk ke peringkat akhir. Sebagai peserta bukan pilihan
pastinya kurang tekanan dan persembahan pasti menjadi santai dan menarik.
Jadi Apa Pendapat Anda? -CARI