CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaki Yamani Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah, Selesa Diam Dan Tak Terlalu Menonjol

14-12-2021 11:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2345| Komen: 10

Rakaman video memperlihatkan seorang pelajar lelaki menjadi mangsa buli di sebuah sekolah asrama menjadi tular di media sosial, baru-baru ini.

Aksi kekerasan yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang turut terkesan dengan kelakuan tidak bermoral berkenaan.


Foto: IG

Ini termasuklah penyanyi Zaki Yamani, 15, yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut dan berpendapat sebarang perselisihan faham haruslah diselesaikan secara berhemah.

"Saya tengok video viral itu. Sejujurnya saya kasihan dekat mangsa sebab dia nampak terlalu takut semasa berdepan situasi itu kerana ramai orang disekelilingnya.




"Saya tak boleh fikir kenapa sampai nak kena buli macam tu, memang tak patut... rasanya kalau ada yang tak puas hati lebih baik duduk berbincang, tak perlu sampai lakukan kekerasan.

"Mungkin mereka tak fikir pelakuan buli itu boleh memberi kesan berpanjangan, bukan sahaja kepada mangsa tapi termasuklah kaki buli," katanya kepada mStar.



Zaki berkongsi pandangannya itu semasa sambutan ulang tahun kelahirannya ke-15 yang diadakan di Ngopi Dulu Yop, N9 Food Court, Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Pada 11 Disember, media melaporkan seramai 10 orang pelajar ditahan polis bagi membantu siasatan kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak.

Ia selepas video seorang pelajar lelaki ditumbuk rakan sebayanya tular di media sosial.



Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah ini mengakui pernah menjadi mangsa buli ketika berada di sekolah rendah beberapa tahun lalu.

Bagi mengelakkan kejadian sama berulang, penyanyi lagu Slow Mo ini berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu menonjol apabila memasuki sekolah menengah.



"Dulu masa sekolah rendah pernah la dibuli tapi sekarang dah tak ada lagi... setakat ini di sekolah saya tak banyak cakap, saya lebih selesa diamkan diri kerana tak mahu terlalu menonjol sangat.

"Sejujurnya saya tak ramai kawan di sekolah sebab lebih suka menyendiri. Tapi kalau ada apa-apa yang tak puas hati, lebih baik kita cakap dan selesaikan baik-baik.

"Tak perlulah sampai nak buli atau naik tangan! Jadikan zaman sekolah ini sebagai satu kenangan yang baik untuk kita semua," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote terpaling 14-12-2021 11:28 AM
ok dik.. we got it..
Quote Kurex 14-12-2021 11:58 AM
Yelah yelah yelah
Quote msdummy.2018 14-12-2021 12:12 PM
Dia ni dr mak yang mana...apaknya bnyk kali kawin cerai aku pun knfuse
Quote prince_marhaen 14-12-2021 12:38 PM
entah la dek... macam try so hard to be cool.. dah lah asyik la berkepit dengan anak dara kecik tu merata berjalan...dua-dua underage... nanti karier yang suam sejuk ni ke mana, belajar ke mana...jadi artis pun macam ala-ala je.
Quote slyfynx 14-12-2021 01:20 PM
Ko ialah sape dek?
Quote Gianna111 14-12-2021 01:39 PM
tak mustahil dia ni dibuli atas dasar sapa bapa dia..i yakin mesti ada suara-suara jahat ejek dia ni anak penagih dadah..
Quote nakkomenjugak 14-12-2021 07:29 PM
Anak retis pun dibuli yachhh
Quote kiah_mai_pulak 14-12-2021 07:46 PM
nnti kuar pulak mia sara katanya dibuli jugekkkkk
Quote dudaberhias 14-12-2021 07:49 PM
Ok akak kesian dan simpati pada kau sambil titik eye mo dekat mata...

Sooo? next!
Quote exclusive_vvip 14-12-2021 08:14 PM
iols penah tetiba kena serang dgn sorang akak ni..tak ingat dia tuduh iols buat apa..tergamam n terpinga2 iols..lepas2 tu baru tau, rupanya dia buat gitu sbb sheols minat kat iols..boleh gitu eh..tapi iols pun pompuan..sibbaik  weols x end up jadi lesbian..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.133498 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top