CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Itu Semua Helah Mereka," Sajat Tak Kisah Barang Dilelong

14-12-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4503| Komen: 46

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.


Foto: IG

“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.


Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan itu disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Raline 13-12-2021 08:34 PM


Tangkap layar video Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya.


Sajat tak kisah barang miliknya dilelong

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamannya di Kota Damansara di sini pagi esok.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok, Sajat berkata, ini kerana dia sudah tidak lagi berada di Malaysia dan tindakan untuk menyita dan menjual harta miliknya tidak memberi sebarang kesan terhadapnya.

Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.

“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.

Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan harta usahawan itu disita bagi menuntut pampasan sebanyak RM200,000 yang gagal dibayar kepada bekas stokis utamanya, OWA Resources Sdn. Bhd. – K! ONLINE

sUMBER:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... -miliknya-dilelong/

Quote sharlenetexas 13-12-2021 08:42 PM
Raline replied at 13-12-2021 08:34 PM
Tangkap layar video Sajat memaklumkan dia tidak kisah barangan miliknya akan dilelong di kediamann ...

Sbb mohon suaka mana boleh dah pulang ke tanah air.
Quote musangbodoh 13-12-2021 09:07 PM
rumah dia tu sebelah umah alip sukri tu kan
Quote kemaruk 13-12-2021 09:13 PM
Sian aset jasad
Quote edayildiz 13-12-2021 09:16 PM
Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya


ok bamjat dk la sana..xde org merindui mu..suka sgt ke duk ausie tu? xtau la knp biasa jerr kt mata kita wpn dah mcm rumah kedua...btw kalau turki lain lahh
taraf bamjat kt ausie mana lg tinggi dari bangla kat sini..hmm tnya jerrr.?overr la dia ni..ayat dia mcm malaysia nk dia sgt..pdhl....jadoss tu mcm lelaki miang..yih sgt
Quote biskutraya 13-12-2021 09:22 PM
Ape jela barang yg dilelong tu.. klu dkt blh la g tengok2.. huhu
Quote Acikporemkau 13-12-2021 09:25 PM
Makin mendonia ler si plantif tu
Hari2 kot ngajing hal sanjut ni
41 dah eh umur peel mcm bbnu menyibok semua topic nak ulas
Pentaksub tegar bit2lelew tu
Quote Decaffeinated 13-12-2021 09:30 PM
nanti boleh lah tau chandelier tu betul ka crystal atau kaca cap ayam ja.

Quote Carcosa 13-12-2021 10:54 PM
Molot je ckp tak heran. Tapi dlm hati, geludak geludik sebel
Padan muka ko pondan
Quote green~tea 13-12-2021 11:01 PM
Aset yang mana satu ni kena lelong?

Yang kena potong tu ke  
Quote Raline 13-12-2021 11:14 PM
green~tea replied at 13-12-2021 11:01 PM
Aset yang mana satu ni kena lelong?

Yang kena potong tu ke

itu dah bg ikan  piranha mkn dah
Quote nolya 14-12-2021 12:27 AM
Nak beli rumah, nak beli segala perhiasan dn perabotan, betapa banyak  daya usaha dn upaya serta   kerja keras dilakukan, bertahun2 ttpi jika Allah nak tarik balik rezeki yg pernah diberikan, lambat laun terlepas juga. Rumah besar akan menjadi kosong dn akan hilang segala serinya. Ditinggal sepi tidak berpenghuni, lama2 ada makhluk lain yg mendiami. Dn bila rumah tidak terawat, akhirnya akan buruk sendiri dn tidak dpt dimegah2kan lagi.

Kalau direnung2, kesah dunia yg sedang bersandiwara di depan mata,  ada pesanan untuk kita sekalian renungkan, ada tersisip pdnya iktibar agar kita jgn berlebih2 riak dn angkuh ke hadrat Ilahi. Drp orang bernegeri terpaksa memilih jadi orang buruan dn buangan.
Quote sukacactus 14-12-2021 05:55 AM
Ni rumah yg dia beli dr alip terlajak tu kan
Apa benda yg dia nak sayang pun
Brg peninggalan tok lip je yg byk kat situ
Quote Lagubestbest 14-12-2021 07:22 AM
Ada barang rumah ke? Ke nak kena umpil kitchen cabinet bagai?
Quote makton 14-12-2021 08:02 AM
berlagak mcm tak kesah aset kena lelong. 1 dunia tahu berita kau kalah kat mahkamah, jd pelarian. mana nak taruk muka sajat oiii.. takyah nak acah2 bahagia kat aussie sana
Quote belilies 14-12-2021 08:30 AM
Haha iols baca stret je title ni aset lain pulop yg lalu di otak. Dulu kan pernah gosip anu sheols dh selamat duduk dlm botol
Quote dua_chzy 14-12-2021 09:11 AM
Ha bekap la lagik pondan scammer ni. Padan muka.
Quote Samerosie 14-12-2021 09:28 AM
Sajat mendakwa tindakan itu dibuat sebagai helah agar dia pulang semula ke Malaysia.

“Itu semua permainan mereka untuk suruh saya balik Malaysia. Tak nak lah (balik ke Malaysia), saya duduk di sini (Australia),” katanya.

Sementara itu, Sajat turut memaklumkan rumahnya tidak dijual, sebaliknya ia hanya melibatkan barangan di dalamnya.
Sajat, nak bayar RM200K tu tak payah ko balik Malaysia pun, TT jer dari mana2 dalam dunia ni.  Tapi disebabkan kau sebenarnya dah scam duit orang, kau lari dan tak bayar2 terpaksa lah orang lelong barang dalam rumah to get back that money yg kau hutang tu.

Rumah memang la tak dijual kan sebab bukan rumah kau kut.. Tapi kalau movable assets yg disita tu tak laku tak dapat RM200k tu, derang akan mula sita aset2 lain yg atas nama kau.
Quote Samerosie 14-12-2021 09:29 AM
Lagubestbest replied at 14-12-2021 07:22 AM
Ada barang rumah ke? Ke nak kena umpil kitchen cabinet bagai?

Yang melekat kat dinding rumah tak masuk.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.070598 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top