CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peniaga Kedai Makan Di Marang Jumpa Muntah Paus Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

14-12-2021 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3761| Komen: 27

Kemaman – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka mendapat ‘rezeki terpijak’ apabila menemui objek menyerupai ketulan lilin dipercayai muntah ikan paus bernilai ratusan ribu ringgit di Marang baru-baru ini.


Aida Zurina Long, 41, berkata, dia terjumpa objek itu sewaktu memancing bersama ahli keluarganya berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada pukul 11 malam, akhir bulan lalu.

Dia berkata, pada mulanya, dia mengalihkan objek terapung berhampiran kawasan memancing mereka ke tebing sungai dengan sebatang kayu kerana menyangka ia sampah.


Add Image Caption Here


“Oleh kerana perasaan ingin tahu, saya kembali ke lokasi itu pada keesokan harinya.

“Rupa-rupanya ia bukan sampah tetapi ketulan batu besar berwarna putih lalu menarik minat saya untuk mengambilnya untuk dibawa pulang,” ujarnya ketika ditemui di kedai makannya di Kemasik di sini hari ini.

Aida Zurina berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan ayahnya ketulan batu seberat kira-kira lima kilogram yang dibawa pulang ke rumah itu sebenarnya muntah ikan paus.

Jelasnya, ayahnya yang berpengalaman sebagai nelayan mengesyaki objek itu amat berharga sebelum membakar sedikit objek tersebut bagi membuktikan dakwaannya.

“Memang benar ia mencair dan meleleh seperti lilin sebelum mengeluarkan bau yang sangat harum apabila dibakar,” katanya.

Terdahulu, sekumpulan nelayan di Yemen menjadi jutawan sekelip mata  selepas  mereka terjumpa bangkai seekor paus sperma semasa keluar menangkap ikan di tengah laut, baru-baru ini.

Mereka membelah perut bangkai paus tersebut dan menemui ambergris atau muntah paus seberat 127 kilogram. Bahan yang ditemui dalam perut paus itu amat berharga dan digunakan untuk menghasilkan minyak wangi.

Kumpulan nelayan itu menjual muntah paus tersebut kepada seorang ahli perniagaan Emiriyah Arab Bersatu pada harga AS$1.5 juta (RM6.2 juta) sekali gus  jumlah yang amat besar kepada penduduk Yemen. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bored_atticus 14-12-2021 10:27 AM
Hati-hati adik.. Sekarang dah masuk news, takut ramai mata-mata memandang.
Quote Skuau 14-12-2021 10:28 AM
Sian..Badang...dpt muntah antu jer....
Quote dua_chzy 14-12-2021 10:29 AM
bored_atticus replied at 14-12-2021 10:27 AM
Hati-hati adik.. Sekarang dah masuk news, takut ramai mata-mata memandang.

Kesian kita yang dok Malaysia. Instead of tumpang gembira atas rezeki orang, kita risau orang tu ditimpa musibah pula. Jahat2 belaka sangatkah orang kita sampai kita develop anxious thinking sebegini?
Quote mamajawie 14-12-2021 10:40 AM
Edited by mamajawie at 14-12-2021 02:34 PM

kalau aku jumpa apa2 aku diam je..xpayah nak keluar news..kang nanti ada je benda x kena kat netizen..contoh terbaik yg kat johor tu kat sungai mana tah ada bijih emas orang kampung mendulang je bukan bawak kren pun pegi korek sungai pastu bila masuk news trus kena tutup sebab jadi hak kerajaan..yg satu lagi paling bangang pasal brader jual bundle tu jumpa duit Yen sampai puluh ribu pun nak masuk news ujung2 bila ade setad setajah ckap x elok amik duit terjumpa x pasal2 brader tu kena bagi kat baitulmal lak..diam2 je sudah la semua benda nak heboh..batak viral kekdahnya
Quote bored_atticus 14-12-2021 10:40 AM
dua_chzy replied at 14-12-2021 10:29 AM
Kesian kita yang dok Malaysia. Instead of tumpang gembira atas rezeki orang, kita risau orang tu d ...

The reality of life. Bukan setakat di Malaysia, tapi kat mana-mana sekarang dah tak selamat.
Quote wak_pijah 14-12-2021 11:03 AM
Japgi ada sedara mara tetiba call, lg cilaka ada scammer call ada saman itu ini.

Hati2 sajalah.
Quote mbhcsf 14-12-2021 11:07 AM
wow, bless her ....rezeki...
Quote jas7512 14-12-2021 11:07 AM
But betul ke muntah ikan paus  dah verify ke sbb yg ckp ayah dia aje kan..bkn pihak yg ada authority...and dah ada pembeli...selalunya muntah ikan paus ni dijadikan minyak wangi kan...
Quote shiraloveyou 14-12-2021 11:09 AM
Yg ni kerajaan tak claim harta negara kan?
Quote Artemesiaa 14-12-2021 11:11 AM
Syurlah dengan rezeki yang datang hanya perlu hati2 dengan manusia yang cuba ambil kesempatan.  Rujuk pada yang pakar untuk urusan jual beli.
Quote cmf_premierleag 14-12-2021 11:12 AM
lps ni gomen abah mael mesti claim muntah tu
Quote Firenzza 14-12-2021 11:13 AM
Jap lg lhdn stdby klau dpt jual juta2 dik
Quote becir 14-12-2021 11:14 AM
mamajawie replied at 14-12-2021 10:40 AM
kalau aku jumpa apa2 aku diam je..xpayah nak keluar news..kang nanti ada je benda x kena kat netizen ...

Masuk baitulmal bolehla jadi bonus staff agaknya.
Quote lifeline 14-12-2021 11:15 AM
wah 1st time iols dgr muntah ikan paus
dan mmg bernilai dan org mencari eh muntah ikan paus ni?
guna utk apa?
Quote dua_chzy 14-12-2021 11:17 AM
lifeline replied at 14-12-2021 11:15 AM
wah 1st time iols dgr muntah ikan paus
dan mmg bernilai dan org mencari eh muntah ikan paus ni?
guna ...

Muntah paus @ ambergris ni digunakan dalam pembuatan minyak wangi high end. Mahal kerana rare item barangkali.
Quote petpom 14-12-2021 11:18 AM
jas7512 replied at 14-12-2021 11:07 AM
But betul ke muntah ikan paus  dah verify ke sbb yg ckp ayah dia aje kan..bkn pihak yg ada authority ...

nanti siapa yang beli atau kat mana nak cari buyer?
Quote salimrock 14-12-2021 11:19 AM
dah jual ke belum dik?
kalo belum jual jgn la war2 kan,

takut2 LKIM, jabtan laut keluar pulak akta, nak jual produk laut  kena ada lesen,

takde lesen nnti kena saman, barang di rampas,

tak silap jual product hutan pn kena ada lesen,


tp apa2 pn mmg rezeki ko la dik, cepat2 jual, simpan nnti ramai pula yg rambang mata...



Quote jas7512 14-12-2021 11:21 AM
petpom replied at 14-12-2021 11:18 AM
nanti siapa yang beli atau kat mana nak cari buyer?

Biasanya mrk yg terlibat dlm industri minyak wangi..tapi tulah...ada ke jutawan oversea yg nak dtg beli..silap2 kn tipu..huhu..moga yg baik2 shj
Quote Thunderclouds 14-12-2021 11:39 AM
Huntong larrr..ibarat jmpa jongkong emas tepi jln. Harap dpermudah urusan & xkena scam.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.411238 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top