CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Merajuk Dengan Makwe, Lelaki Baring Tengah Jalan Raya

14-12-2021 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1900| Komen: 15

Jakarta – Gara-gara bertengkar dengan teman wanitanya, seorang lelaki nekad berbaring di tengah jalan raya dan enggan bangun meskipun  berulang kali dipujuk, lapor laman berita Suara.com. 


Menerusi satu klip video yang dikongsikan di laman Instagram, lelaki berseluar pendek itu dilihat berbaring di atas sebatang jalan secara tiba-tiba.

Daripada reaksinya, dia kelihatan sedang bertengkar dengan seorang wanita bertudung yang membawa sebuah beg galas.


Foto: Agensi

Wanita itu kemudiannya dilihat cuba memujuk lelaki berkenaan, namun dia enggan bangun dari atas jalan dan terus berbaring tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang.


Tidak lama selepas itu, dua orang awam menghampiri pasangan tersebut dan menyuruh lelaki terbabit untuk bangun. Dia akhirnya akur dan bangun berdiri di tepi jalan raya.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai komen yang mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan tidak wajar dilakukan.

“Buat malu sahaja. Lebih baik putus sahaja kalau berkelakuan begitu,” komen seorang pengguna.

“Menyusahkan ramai orang,” kata seorang lagi netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 14-12-2021 10:18 AM
Ni nanti kalau dah kawen
Gaduh2 dgn bini..kuar kete jalan sendirian
Manakala bini.ekor dari belakang sambil drive kete...hahahahahahaha
Quote ^CUN_GILA~. 14-12-2021 10:35 AM
Side efek Sinovac..

Quote bored_atticus 14-12-2021 10:45 AM
Mana steamroller.. pijak itu orang, please
Quote anakmak 14-12-2021 10:47 AM
Adoiiii aku malas betul lah baca news drpd indon ni
Cuba hashtag kan #indon kat tajuk
Semak la
Quote I.K.A888990 14-12-2021 06:09 PM
bangang sungguh
Quote gekkou 14-12-2021 06:11 PM
shernazz replied at 14-12-2021 10:18 AM
Ni nanti kalau dah kawen
Gaduh2 dgn bini..kuar kete jalan sendirian
Manakala bini.ekor dari belakan ...

sementelahan kenalan aku
dulu kawan now kenalan
gaduh dengan laki
laki tinggal tepi jalan
laki naik tangan naik kaki
sampai pintu pun berlubang
tetap setia


now tatau apa dah jadi
sbb dah jadi kenalan
Quote Adrif 14-12-2021 06:21 PM

menyembur aku gelak, random betul  
Quote belilies 14-12-2021 06:24 PM
@Friska tanak komen ke?
Quote doubleharmonic 14-12-2021 06:24 PM
ko hengat ko babi ke boleh nak terbaring tergolek atas jalan gitu jah hanat?
Quote TeropongThaico 14-12-2021 07:06 PM
Gediknya jantan
Quote tikusmontok 14-12-2021 07:29 PM
Ndon dan bodo berpisah tiada. Nasib baik bibik friska kawin msian walaupun tarap c minus.
Quote edayildiz 14-12-2021 07:33 PM
bodoh bethol ..org gini pun ada org nak
kt sini kalau gf gedikk mengada nk majuk..ade tak yg nk lynn pujuk2..euwww kalau ada yg nk lyn untung lerr
Quote shernazz 14-12-2021 09:35 PM
gekkou replied at 14-12-2021 06:11 PM
sementelahan kenalan aku
dulu kawan now kenalan
gaduh dengan laki

Hahahaha
Apakah pengakhiran cerita itu gamaknya

Ni iols pernah nampak depan mata
Laki merajuk kuar kete
Bini dok ekor dari tepi ...
Dah la masa tu jalan lurus
Adoi la..penat la drama neh sebab kete banyak ekor kat belakang iols
Quote akies 14-12-2021 09:44 PM
Friska tk nak komen ke
Quote CikYaYaYa 15-12-2021 01:57 AM
Menjemput achik frishkaa memberi spatah duaa kataa. berita hal Leluhurr diaa gak nie

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.110827 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top