Kerajaan telah membelanjakan sekitar RM4 bilion untuk komponen pembersihan sungai dan komponen pengindahan dalam projek River of Life (RoL).
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, program komponen pembersihan sungai sudah mencapai tahap 95 peratus. “Bagi komponen pengindahan (sudah mencapai tahap) 100 peratus. Kita ada sepanjang 110 kilometer (km) sungai. Pengindahan ada 10.7 km yang 100 peratus siap,” katanya pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Senator Hisamudin Yahaya bila kerja-kerja pembangunan tanah-tanah berpotensi di sepanjang RoL akan dimulakan supaya pelaburan RM4 bilion kerajaan dapat dikutip balik. Jalaluddin berkata, program pembangunan di sepanjang RoL akan berlaku dari semasa ke semasa walaupun trek jogging dan berbasikal serta lampu telah siap.
Menurut beliau, pembangunan itu akan berlaku secara berperingkat demi berperingkat. – CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT