CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anuar Zain Lebih Gemar TikTok Berbanding Instagram

13-12-2021 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3316| Komen: 19

Description: Penyanyi lelaki popular Anuar Zain memilih TikTok sebagai media sosial pilihannya berbanding platform media sosial lain.
Penyanyi lelaki popular Anuar Zain memilih TikTok sebagai media sosial pilihannya berbanding platform media sosial lain.

Anuar berkata, beliau lebih menyukai aplikasi TikTok dan menggunakan nama @anuarzain dalam akaun TikToknya yang dibuka sekitar Oktober baru-baru ini, beliau telah mengumpul lebih 85,000 pengguna TikTok.


Kredit foto: IG Anuar

“Banyak perkara dan input yang diperolehi daripada melihat tip yang dikongsikan dalam TikTok.

“Berbanding Instagram, sebenarnya saya lebih gemar TikTok dan di TikTok, saya suka melihat berkaitan tips atau perkongsian mengenai melancong atau kenderaan,” katanya.


Minat dan suka melancong dan kenderaan, kata Anuar membuatkannya seronok terutama perkongsian ringkas tetapi bermanfaat di TikTok.


Kredit foto: IG Anuar

“Ya, saya suka melancong dan kenderaan. Jadi, rasa seronok melihat perkongsian ringkas tapi banyak manfaat di TikTok untuk diambil,” ujar beliau.

Kata Anuar lagi, beliau juga mempunyai dua akaun Instagram yang mana salah satunya ialah akuan peribadi yang menggunakan namanya sendiri, @anuarzain70.

Akaun Instagram rasmi pula, jelas Anuar, adalah berkaitan dengan kariernya dan menggunakan akaun @anuarzainnetwork.

“Akaun peribadi, saya kendalikan sendiri. Pengurus saya pun tidak tahu kata kunci kerana kemaskini, saya buat sendiri.

“Manakala akaun rasmi, itu diuruskan dan dikemaskini oleh pengurus saya,” jelas beliau sambil menambah, akaun IG rasmi digunakan untuk tujuan kerja. 


Sumber: Suara Merdeka/GEMPAK


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 13-12-2021 05:17 PM
memang pun... tiktok lagi banyak video informatif dan jejantan n cikki herlokkk...

hakak ada akaun tiktok pun sebab nak follow jejan dan cikki herlok2 jah...
sambil tu like2 la gambar kucing, info2 tips masakan penting untuk cafe, diy etc...

lepastu pasal kesihatan dan kecantikan... yang pasti yang kat tiktok tu semua yang konfiden tinggi rupa wangi herlok je selalu keluar dekat feed kaka yach.... rhoper2 kepam macam sohai takde langsung, syukur!!!
Quote nakkomenjugak 13-12-2021 06:34 PM
Hmmm masih tastehhh acik nuajen
Daddy2 vibe sangat
Tiktok best
Boleh tengok website movie mana yang free
Tips computer website segala
Quote hashashes 13-12-2021 07:58 PM
Iols pun lagi suka Anuar Zain dari dak2 bbnu lelaki sekarang ni. Tibahhh
Quote samperit 13-12-2021 08:47 PM
Edited by samperit at 13-12-2021 08:48 PM

sukati lah bang. org ajak kawin dulu jual mahal tibahhhh
Quote samperit 13-12-2021 08:48 PM
apahal format baru ni x keluar emoji

edited ok keluar
Quote Hoola 13-12-2021 08:57 PM
Kelasss bam nuar
Ank2 achik hola pun dh cretekan akaun untuk mak depa
Quote melinda_kerr 13-12-2021 09:07 PM
Bang Nuar. Please buatlah lgi konsert..merindui nyanyian mu.. [em:9:]
Quote Cik_jantung 14-12-2021 12:22 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:58 PM

..........
Quote Cik_jantung 14-12-2021 12:23 AM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 09:58 PM

..........
Quote cikgojesss 14-12-2021 01:23 AM
bagaimana hubungan kak kuwa dengan daddy h20 kini? adakah masih bercikcapan? tibahhh
Quote lasagna 14-12-2021 08:47 AM
samperit replied at 13-12-2021 08:47 PM
sukati lah bang. org ajak kawin dulu jual mahal tibahhhh

itu dlu jah.. skrg mana tau.. cuba chuols try test, mesti heols trigger semula. ahh gittewwww!
Quote prince_marhaen 14-12-2021 09:13 AM
bang nuar, bang nuar pls grooming balik bang...meols tak sanggup tatap segala makneka kekusutan jurai-jurai rerambut dan bulu di wajah abam...terbayang orang tabligh versi sohai kepam bang... groom sikit je jadilah..
Quote supernaturalee 14-12-2021 10:53 AM
1st pic tu kt tmpt kak jena shoot mv menadah gerimis eh
iols suka mv menadah gerimis
ala2 single moving shot je

Quote jas7512 14-12-2021 10:55 AM
Oh abg nuar jeng...awat lah dah x segak mcm dulu...tapi ada srg aktor korea ni i tgk ada iras anuar zain ckit2..
Quote gigi 14-12-2021 10:55 AM
baiklah ko kawin bang dari berTIKTOK....sebelum reputz
Quote Kurex 14-12-2021 10:59 AM
jangan lepas ni berjoget sakan dah la kak kua
Quote nuralisa 14-12-2021 12:02 PM
aku suka TikTok, bnyak tips2 photography..
tips2 editing ....  banyak jugakla info dalm TT ...
kalau yg x kedekut ilmu tu mcm2 dorg share...
Quote adelea 14-12-2021 01:52 PM
Gediknyaaa pakcik [em:16:]
Quote harisbee 14-12-2021 02:03 PM
Nak caras ct lewtu...nyah2 andatu2 isteri2 x bahagis ok ke az main tiktok?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.098874 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top