CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengurus Kanan Syarikat Insurans Rugi RM500,000 Terjebak 'Love Scam'

13-12-2021 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2209| Komen: 17

Seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans menjadi mangsa Love Scam apabila beliau kerugian lebih RM500,000 kepada suspek yang dikenali beberapa bulan lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pada awal Oktober lalu, pengadu wanita tempatan berumur 40 tahun telah berkenalan dengan seorang lelaki warganegara asing melalui nombor telefon antarabangsa.


Gambar hiasan

“Dalam tempoh perkenalan tersebut, suspek telah memberi link aplikasi untuk mangsa memuat turun yang merupakan aplikasi pelaburan bitcoin.

“Mangsa telah memuat turun aplikasi yang dikongsi kenalan warga asing tersebut dan memindahkan wang ke dalam aplikasi tersebut.

“Mangsa diperdaya warga asing kenalan itu dengan memasukkan wang sebanyak RM1,000 ke dalam satu akaun yang diberi suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, hasil daripada itu mangsa memperolehi keuntungan sebanyak RM800.

Terpedaya dengan taktik licik suspek tanpa menyedari penipuan, mangsa sejak dari hari itu mula yakin dengan apa yang dikatakan oleh suspek dan telah memasukkan wang ke lapan akaun yang berbeza membabitkan 31 transaksi kewangan.

“Jumlah keseluruhan wang yang dimasukkan mangsa ke dalam akaun yang dikongsi suspek adalah berjumlah RM648,800.

“Mangsa mula rasa curiga apabila kesemua wang pelaburannya tidak lagi memperolehi keuntungan yang dijangkakan dan menyedari sebenarnya tertipu dengan suspek dan kehilangan kesemua wang tersebut.

“Oleh demikian, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji-janji manis sahabat alam maya ini.

“Polis telah membuka kertas siasatan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 13-12-2021 05:16 PM
Korang yang takda kerja boleh consider jadik scammer ya. Apply la di mana2 agensi scammer. Nampaknya negara ini memang syurga scammer. Acik pengurus (sah2 educated) pun boleh bagi setengah juta ringgit free2 saja. PDRM pun takleh buat hapa. Dosa ka apa nanti pandai2 la atur dengan Tuhan.
Quote R2D2 13-12-2021 05:26 PM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5010007
Quote Firenzza 13-12-2021 06:46 PM
dua_chzy replied at 13-12-2021 05:16 PM
Korang yang takda kerja boleh consider jadik scammer ya. Apply la di mana2 agensi scammer. Nampaknya ...

Scammer berdondang sayang aman2 hidup kt msia, antibeksin plk diburu sampai lubang cacing, keb@&!@^ apakah ini
Quote nefnefnef 13-12-2021 06:50 PM
Covid19 dah berganti banyak varian pun, ada jugak yg masih terkena dgn scammer. Sheesshhh
Quote dua_chzy 13-12-2021 06:57 PM
Firenzza replied at 13-12-2021 06:46 PM
Scammer berdondang sayang aman2 hidup kt msia, antibeksin plk diburu sampai lubang cacing, keb@&!@ ...

Inilah dunia era 2021. Tak beksin jauh lagik dasat dari merogol, membunuh, memedo, mengepau duit orang juta2.
Quote merrissa 13-12-2021 07:34 PM
banyaknya duit...bg aku lagi bagus......aku keje smpai umur 40 thun nt pon belom tentu ada simpanan 100K #miskinhina

scammer pon pandang sebelah mata
Quote Lagubestbest 14-12-2021 07:00 AM
phone rumah kalau berdering. 99% robocall dari scammer. Bertahun dah. KKM la, JPJ la, TM perkhidmatan ditamatkan la, taktau nak repot kat sape benda2 macam ni. Patut ada mahkamah yang boleh arahkan MCMC untuk beri compensation tiap kali phone kita dapat call dari scammer.
Quote cm_asamkumbang 14-12-2021 07:11 AM
Love scam tak da penghujung riwayat.  Macam mana boleh tejebak lagi walhal di media beselerak laporkan sana sini kena scam. Mudah percaya. Kesepian sangatkah sampai tak boleh fikir logic.
Quote ultra78 14-12-2021 07:22 AM
Senangnya bank in duit. Nombor aku pun pernah dimasukkan ke dalam satu group telegram pelaburan bitcoin. Entah siapa yang masukkan. Aku syak itu group scam. Aku terus exit dan report spam. Senang2 aje orang bank in duit ke akaun scammer. Letak testimoni sikit dan gambar duit mesti ramai yang terliur
Quote Thunderclouds 14-12-2021 08:04 AM
dua_chzy replied at 13-12-2021 05:16 PM
Korang yang takda kerja boleh consider jadik scammer ya. Apply la di mana2 agensi scammer. Nampaknya ...

Ni btoi. Dari mbewak @ menganggur lepas grad p jadik scammer. Kt cni scammers pulis syg. Xkan depa nk kacau sumber side income depa. Yg depa dok tangkap pemilik account keldai. Pastu claim kes dh selesai. Scammers pulak aman2 on to the next victims dosa pahala xyah sembang la. Dh nama pn manusia,mmg manusia ni pendosa


Quote namr 14-12-2021 09:25 AM
Banyaknya fuhhh, sekali scam dh cukup ek
Quote salimrock 14-12-2021 09:33 AM
Edited by salimrock at 14-12-2021 09:34 AM
Firenzza replied at 13-12-2021 06:46 PM
Scammer berdondang sayang aman2 hidup kt msia, antibeksin plk diburu sampai lubang cacing, keb@&!@ ...

sebab scammer ada duit ma>?

ada 1 kisah seorang janda negro telah dtg ke bandar tmpat wa tinggal, kawan wa yg dude ni pn ayat dan dpt ( setiap kali nak on, kena telan kopi pakcik pakai songkok tu, maklum la asia nak lawan afrika )


janda negro ni kije dia scam orang je, hantar gambat tetek la, gambar peha la,  boifren dia pn redho , katanya dia cari makan mcm ni, laptop girlfrend bagi, keta pn gf punya

kantoi polis 1 kali,

selepas berkelakuan baik selama bbrapa bulan, buat balik...

polis ckp susah mau cas, sebab bukan dia rompak atau curi, orang tu yg hantar duit pada scammer ( ayat orang dah dpat angpow )



ni pula dah dapat 500k ,

korasa berapa byk angpow dia boleh kasik?




Quote babelina 14-12-2021 10:10 AM
mmg senang dpt duit dgn kaedah caring2 nie.. dulu2 ada jer camnie.. tp org x panggil scam.. pastu xde la sampai ribu riban.. janji dpt bulan2.. dpt brg yg ko nk ckup..
Quote dua_chzy 14-12-2021 10:34 AM
Thunderclouds replied at 14-12-2021 08:04 AM
Ni btoi. Dari mbewak @ menganggur lepas grad p jadik scammer. Kt cni scammers pulis syg. Xkan depa ...

Rasanya memang ramai kot ummah educated berkecimpung dalam kerjaya ni. Jika tiada, tiada la mereka dapat scam beratus juta ringgit setahun.
Quote dua_chzy 14-12-2021 10:37 AM
salimrock replied at 14-12-2021 09:33 AM
sebab scammer ada duit ma>?

ada 1 kisah seorang janda negro telah dtg ke bandar tmpat wa tinggal,  ...

Ni betul. Jenayah komersil di mana si mangsa yang sukahati pi bank in duit kat scammer memang camni je la hukumannya. Ingat boleh dapat balik duit tu walaupun tukang scam dah ditangkap? Kirim salam saja. Sebab tu ramai penipu ni lek2 je scam orang buat dosa. Apa dia kesah orang lain susah - yang penting dia senang.
Quote ^CUN_GILA~. 14-12-2021 10:38 AM
Love me, love me, say that chuwanme..

Quote tumpanglalu74 14-12-2021 12:56 PM
Selalu rugi..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066332 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top