CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fify Azmi Dan Nafiez Zaidi Bercinta

13-12-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8280| Komen: 50

Pelakon yang sedang meningkat naik, Fify Azmi selesa digelar sebagai kekasih kepada Nafiez Zaidi, juga seorang pelakon, sekali gus tidak menolak untuk membawa hubungan ke fasa seterusnya jika ada jodoh.


“Kami tidak tolak untuk ke arah tersebut (pernikahan) kalau sudah tiba masa dan waktunya. Tapi buat masa ini, biarlah kami kenal hati budi masing-masing dahulu.

“Siapa nak tolak jodoh kan kalau betul sudah sampai pada kita,” kata Fify kepada Kosmo! menjawab desas-desus keintiman hubungannya bersama pelakon filem Ada Hantu itu.

Foto: IG


Fify atau nama sebenarnya Nur Afiqah Mohamed Azmi, 31, menyifatkan kehadiran Nafiez bagaikan sinar baharu untuk membasuh episod cinta luka dalam hidupnya.


“Selepas melalui putus cinta lebih setahun lalu, saya nak mulakan fasa hidup baharu dan menggembirakan diri bersama teman-teman.

“Jujur kata, kehadiran dia buatkan saya lebih terbuka dan berani untuk bercinta semula. Dia pandai jaga saya, dia tahu apa yang saya suka atau tidak dan kita dapat lihat kejujuran serta keihklasannya,” ujarnya yang kini sibuk dengan penggambaran sebuah drama baharu.



Mengakui selesa berkawan rapat dan sedang dalam proses mengenali hati budi Nafiez, Fify sebenarnya sudah mengenali lelaki itu sejak sekitar setahun lalu.

Mereka mula rapat ketika digandingkan bersama menerusi sebuah filem pada pertengahan tahun ini.

“Jujur kata, saya memang selesa dan mengecap kebahagiaan bila bersama dengan dia (Nafiez). Bagi saya dia lelaki yang tidak fake (palsu), pandai dan baik hati selain mudah untuk dikenali.



“Kami berdua masih lagi dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi masing-masing. Keluarga kami juga tahu akan hubungan ini, cuma belum ada waktu untuk bersua muka,” katanya.

Terdahulu kehadiran Fify bersama Nafiez pada Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila pasangan itu didakwa saling berpegangan tangan dan dikatakan sedang hangat menjalin cinta.



Menerusi anugerah berprestij tersebut, Fify yang baharu saja dua tahun dalam industri lakonan tidak pernah menyangka dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Harapan Wanita FFM31 menerusi filem Wira. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 13-12-2021 10:42 AM
Oh nama mamat ni nafiez zaidi.byk jugak drama dia kat tv. selalu nmpk tp tak tahu nama dia.agak ok lakonan tak kaku.cuma maybe rupa biasa2 jer jd susah nak naik.somehow iols tak berkenan if dia dgn si fify ni.banyak sgt gosip tak elok.apa2 pon semoga berjodohan la yer
Quote slyfynx 13-12-2021 10:47 AM
Ok. Nexxxtttt
Quote mamajawie 13-12-2021 10:58 AM
lahhh..da tua rupanya si fify ni..iollss lagi muda yachhh ingatkan dia muda dari iollss
Quote gerbera.memopad 13-12-2021 11:15 AM
Fify ni pernah jua la nampak plus pernah kena gosip dengan bekas abang ipar hajah dua kali

Tapi yang boyfriend dia ni, serius tak kenal.
Quote Orix 13-12-2021 11:47 AM
mcm muka chacha maembong
Quote idril 13-12-2021 12:00 PM
si fifi ni alter muka sampai jadi lain mukanya
Quote NFBZCantik 13-12-2021 12:03 PM
wah tahniahhhh
Quote twins 13-12-2021 12:10 PM
mamajawie replied at 13-12-2021 10:58 AM
lahhh..da tua rupanya si fify ni..iollss lagi muda yachhh ingatkan dia muda dari iollss

untung kan jadi orang size kecik ni... sentiasa nampak remaja & keanak2an..
macam Sh. Amani... comel jerrr...
Quote lattehazelnut 13-12-2021 12:10 PM
Lainnye muka ingat kembar dia td..
Dia yg taste laki org tu ek.. asik scandal dgn laki org?
Quote prince_marhaen 13-12-2021 12:42 PM
elok muka babyface, alter terus jadi acik-acik dah.... btw cikki ni bukan dengan semua sparing partner dia berlakon ke modelling ke, semua dia nak himpit kan? ehh yang ini ke kembar dia yang geng gesek-gesek eh?
Quote inspektoremos21 13-12-2021 12:46 PM
muka fify ni mcm muka kakak nya ayda jebat yg masuk af sekali tu. apa nama nya lupa dah
Quote SherryZass 13-12-2021 01:21 PM
who are yu................................?
Quote Reira77 13-12-2021 02:00 PM
Kenapa hidung fify ni asyik merah je. Resdung ke apa. Kalau tgk gmbr-gmbr dia, semua hidung merah
Quote awenda507 13-12-2021 02:02 PM
tak kenal. nextttttt
Quote beta_carotene 13-12-2021 02:05 PM
kau siapa. dan kau siapa. gitohh
Quote oggy 13-12-2021 02:12 PM
Kekrul jadi matchmaker ke tuuuu
Quote Mamason 13-12-2021 02:25 PM
Mama heran artis2 ni byk betul duit depa utk alter muka ye. Rakyat marhaen la ni nak makan pun berdikit2...
Quote mizruncing 13-12-2021 02:42 PM
dia ni yg si kekrul suka mention kann
Quote puanbintang 13-12-2021 03:11 PM
dulu rasanya fify ni macam comel je...sayangnya lah kalau alter muka tu

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.073844 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top