CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Berbaloi Junainah Lojong Berguru Dengan Wanita Misteri Duduk Hutan Seorang Diri

13-12-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5027| Komen: 27

Lakonan mantap Junainah M.Lojong menerusi karya Roh yang diangkat sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) baru-baru ini berjaya membuka mata peminat seni tentang bakat isteri kepada pelakon Nam Ron itu.


Mengimbau kembali tentang proses penggambaran filem Roh, Junainah atau lebih dikenali sebagai June Lojong berkata watak seorang dukun yang dipanggil sebagai Tok itu pada mulanya sukar untuk dilakonkan.

Ujar penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM31 itu, dia tidak mempunyai sebarang rujukan bagi menghidupkan watak seperti syaitan menyerupai manusia.


Foto: mStar Online

"Pada saya watak tu sangat tricky dan susah untuk dibawakan. Saya rasa ada banyak babak yang boleh diulang... saya tak buat dengan cukup baik.

"Ia sangat-sangat mencabar sebab watak Tok ni ada yang kata seperti syaitan, orang tua atau nenek kebayan. Saya faham Tok ni siapa," katanya kepada mStar.





Bercerita lanjut, Junainah berkata dia terpaksa berjumpa dengan individu yang menurutnya agak misteri kerana tinggal di kaki gunung berseorangan semata-mata mahu mendalami watak tersebut.



"Sebenarnya Tok ni adalah syaitan yang menyerupai manusia... jadi rujukannya sangat sukar untuk saya. Kepada siapa saya nak rujuk?

"Jadi saya jumpa dengan orang tua yang tinggal di kaki gunung... dia hidup dengan hidupan di hutan seorang diri.

"Dia seperti orang tua tetapi tak tua. Tua yang kuat, misteri. Kita boleh nampak daripada segi luaran dia nampak tua tapi jalan laju," katanya.




Bercakap tentang kejayaannya dalam filem arahan pengarah prolifik, Emir Ezwan, Junainah berkata dia sangat tidak menyangka layak untuk menerima anugerah itu.

"Saya tak terfikir pun tersenarai dalam top 5, saya tak sangka. Saya tak terfikir akan tercalon. Tapi apa yang saya boleh kata, orang percaya pada bakat saya," ujarnya.

Selain anugerah Pelakon Pembantu Wanita dan Filem Terbaik, Roh juga merangkul 4 kategori lain iaitu Lakon Layar Terbaik, Pelakon Kanak-kanak Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan Skor Muzikal Terbaik. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 13-12-2021 11:17 AM
"Pada saya watak tu sangat tricky dan susah untuk dibawakan. Saya rasa ada banyak babak yang boleh diulang... saya tak buat dengan cukup baik.

"Ia sangat-sangat mencabar sebab watak Tok ni ada yang kata seperti syaitan, orang tua atau nenek kebayan. Saya faham Tok ni siapa," katanya kepada mStar.
Quote missyL 13-12-2021 01:24 PM
Muka die mase muda cm nadiya nissa.
Mase tu mcm joyah Vegas plak..
Ape pn tahniah.
Quote chandrahusin 13-12-2021 01:26 PM
kena tengok Roh sekali lagi
penah tengok mcm slow jah
Quote Kurex 13-12-2021 01:28 PM
cerita ni slowwwww tahap dewata
Quote pichee 13-12-2021 01:36 PM
I tgk cite ni..tp x phm ending die...nenek tu jahat..tp knape plot twist tu x clear..sian bdk tu mati..

Die nk buat mcm cite korea yg melibatkan ketuhanan juga..tp iols mmg x phm la cite2 yg sukar dirungkai misteri ni
Quote awenda507 13-12-2021 02:13 PM
tahniah menang walaupun iols tak kenal sapekah ini
Quote MadameOnion 13-12-2021 02:38 PM
lama dah tak tengok filem melayu..tak sangka pulak masih ada lagi ffm ni...ingat dah ke dalam tanah
Quote nazriatie 13-12-2021 02:49 PM
pichee replied at 13-12-2021 01:36 PM
I tgk cite ni..tp x phm ending die...nenek tu jahat..tp knape plot twist tu x clear..sian bdk tu mat ...

Sama la..ending dia x fhm..cite ni misteri sgt, x leh pikir ape nk dsmpaikn.
Quote dudaberhias 13-12-2021 03:28 PM
yang gambar last iols hengat aiman tino
Quote dudaberhias 13-12-2021 03:28 PM
pichee replied at 13-12-2021 01:36 PM
I tgk cite ni..tp x phm ending die...nenek tu jahat..tp knape plot twist tu x clear..sian bdk tu mat ...

sama la kaka... agak rumit gila nak faham ending dia...
yang iols tau nenek tu setan jah... menyerupai manusia dan saja datang rumah tu suruh kutip2 pinggan kaca tu sebab pinggan kaca tu pendinding setan tak boleh masuk
Quote kikiharris 13-12-2021 03:43 PM
Iols kenal dia ni sbb muka mcm nadiya nissa tu. Lakonan dia tak pernah tgk. Tahniah sis.
Quote uda 13-12-2021 04:02 PM
nazriatie replied at 13-12-2021 02:49 PM
Sama la..ending dia x fhm..cite ni misteri sgt, x leh pikir ape nk dsmpaikn.

Samalah. I pun tak faham apa yang nak disampaikan. Tapi ada lah a fews words yang pemburu tu kata yang betul spt. ttg tanah ni lah iblis nak balas dendam, dunia ini sekejap aje sebab tulah iblis nak ambil kesempatan untuk membalas dendam. Iblis tidak mempunyai kuasa, yang berkuasa adalah Allah.
Ending semua orang mati kecuali tok tu.
Betullah kata penerbit filem ni, bajet rendah sebab ada 6 orang pelakon aje. Set dan prob simple aje.
Quote silampumeja 13-12-2021 04:12 PM
chandrahusin replied at 13-12-2021 05:26 AM
kena tengok Roh sekali lagi
penah tengok mcm slow jah

Filem ni banyak issue tersurat... I guess sbb tu dia buat slow... Tp gi oversea gak kan....
Quote Suchi 13-12-2021 05:29 PM
Tak tengok lg cite ni, pilem berat kena tgk time bebetul tak sibuk. Tidak kebingungan la ko
Quote mojarean_X 13-12-2021 05:31 PM
Jap i nk search kt astro go, netflix & disney hotstar. Ada x citer ni?
Quote akubest 13-12-2021 06:05 PM
chandrahusin replied at 13-12-2021 01:26 PM
kena tengok Roh sekali lagi
penah tengok mcm slow jah

mmg tak best hahahaha
Quote akubest 13-12-2021 06:07 PM
pichee replied at 13-12-2021 01:36 PM
I tgk cite ni..tp x phm ending die...nenek tu jahat..tp knape plot twist tu x clear..sian bdk tu mat ...

production mmg cantek la citer ni
shot, screenplay, camera, cinematog, pelakon semua mmg mantop

paling akak sentap story line dia
mak haihhhhhh ending cam siyelan...
plot twist tak menjadik terus aku naik angin hahahaha

akak peminat filem seram
tapi mesti yg strong jalan citer nya
akak tersakiti nagn jalan cite ROH ni

Sangkar lagi bagus jln citer.


Quote allshares 13-12-2021 08:04 PM
Bagi iols cite ni best. Tapi ending tu turn off sikit, dah 3x tgk masih x faham
Quote pichee 13-12-2021 08:07 PM
nazriatie replied at 13-12-2021 02:49 PM
Sama la..ending dia x fhm..cite ni misteri sgt, x leh pikir ape nk dsmpaikn.

Nnt klu dh blh rungkai misteri ni...tlg update yea....

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.220983 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top