Seorang pemimpin politik Bandung meninggal dunia selepas rebah di masjid ketika menunaikan solat sunat. Allahyarham Oded M Danial adalah Datuk Bandar Bandung.
Pada Jumaat (10 Disember), beliau berkunjung ke sebuah masjid - Masjid Al Mujahidin - pada sekitar waktu Zohor dengan niat ingin menjadi khatib pada hari itu. Memandangkan beliau seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan masyarakat setempat, segala perilakunya mencuri perhatian ramai.
Dari saat turun kenderaan, masuk ke dalam masjid, disapa para jemaah dan juga ketika beliau duduk berbincang bersama pihak pengurusan masjid di dalam sebuah bilik, semuanya menjadi perhatian. Kemudian ada juga rakaman yang menunjukkan beliau menuju mimbar. Allahyarham yang mesra disapa sebagai Mang Oded itu, sempat bertanya khabar dengan jemaah di sebelahnya. Ketika berdiri di hadapan orang ramai untuk mendirikan solat sunat, Mang Oded tiba-tiba rebah. Allahyarham dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung. Pemergiannya pada hari Jumaat diratapi ramai dan menjadi tajuk berita, dengan para netizen turut mendoakan Allahyarham. -CARI Sumber: mStar/ Berita.mediacorpsg
|
ADVERTISEMENT