CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mula-Mula Hangit, 6 Beranak Nyaris Maut Kereta Tiba-Tiba Terbakar

13-12-2021 09:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1933| Komen: 17

"Semuanya berlaku pantas, dalam sekelip mata!"

Demikian kata Afiqah Annas ketika bercerita mengenai insiden yang menimpa dia dan keluarganya, petang Khamis lalu.


Mampu mengingati dengan jelas detik sebelum kereta yang mereka naiki disambar api secara tiba-tiba, gadis ini berkata mereka sekeluarga masih lagi trauma dengan kejadian yang hampir meragut nyawa itu.

Foto: mStar Online

Menurut gadis yang senang disapa sebagai Afiqah, ketika kejadian yang berlaku sekitar pukul 3 petang itu, mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Felda Palong, Negeri Sembilan menuju ke rumah salah seorang kakaknya di Pasir Gudang, Johor.


"Kami berenam iaitu saya, ayah, kakak, abang ipar dan dua anak buah naik kereta Proton Exora milik ayah. Ketika itu abang ipar yang memandu.

"Ketika tiba berhampiran Plaza Tol Skudai, tiba-tiba saya macam terbau seperti benda hangit. Masa tu ayah dan kakak tertidur sebab kepenatan, saya masih terjaga.

"Saya terus tengok cermin sisi sebelah driver. Masa tu dah nampak asap keluar di bahagian but kereta. Saya beritahu abang ipar dan dia ingatkan mungkin sebab brek tangan tak diturunkan, rupa-rupanya dah turunkan.

"Terus abang ipar bagi signal ke tepi, dan suasana dalam kereta sangat panik. Elok sampai tepi, enjin kereta terus mati sendiri. Kami berenam cepat-cepat keluar. Mujur sempat tarik anak buah yang duduk di seat belakang sekali," ujar gadis berusia 21 tahun ini.

Afiqah yang juga anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang serta pakaian kerana api marak begitu pantas.

"Semuanya terjadi dalam tempoh dua minit. Ketika itu apa yang kami fikir adalah selamatkan nyawa dulu. Beg pakaian, laptop dan dua telefon bimbit tak sempat diselamatkan," ujarnya yang juga penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Selangor.

Tambah Afiqah, dia bersyukur kerana mereka sekeluarga terselamat walaupun masih terkejut dengan insiden berkenaan.

"Inilah kejadian pertama keluarga kami alami... selalu tengok dalam berita je. Masa dapat keluar kereta, tangan masih 'shaking'.

"Alhamdulillah ada beberapa pengguna jalan raya yang prihatin tolong call PLUS dan bomba. Ada yang tumpangkan ayah dan anak buah ke Tol Skudai sebelum kami dijemput oleh kakak.

"Memang sampai sekarang trauma. Ayahlah paling terkesan sebab itu kereta dia. Tak sangka, kejadian berlaku lagi 20 minit nak sampai. Kami memang buat pemeriksaan kereta sebelum bergerak. Tapi benda nak jadi.

"Tak tahu apa puncanya terbakar... sekarang masih dalam siasatan polis. Namun kami reda.

"Insiden ini mungkin ada hikmahnya. Apa yang boleh saya kongsikan, sebelum bergerak, periksa dahulu kenderaan masing-masing. Paling penting, elakkan lelap dalam kereta. Biarlah ada seorang yang teman pemandu," ujarnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 13-12-2021 09:41 AM
Fuhh..i baca pn mgigil. Dh la ramai lam keta. Moga dpermudah urusan.
Quote hareeeesah 13-12-2021 09:43 AM
Nasib sempat selamatkan anak buah kat belah belakang tu.. itu lagi penting dari benda lain..
Quote prettyuglybabe 13-12-2021 09:53 AM
kalau nak jalan jauh ni, check la condition kereta sebelum gerak kalau korang jenis servis ikut dan..
driver pun kena la alert signal-signal yang keluar tu..
kadang mata ke depan je tak jeling pun dashboard tu kot signal heat dah keluar ke apa..
semoga insurance cover and boleh la beli kereta baru soon..
Quote MissVixen 13-12-2021 09:57 AM
Masa bawak tu rajin2 la tengok dashboard. Aku kena dulu radiator tu bocor. Suhu naik dan enjin tu mati sendiri. Kalau proton ni, dia takde sensor untuk matikan enjin tu sendiri kot. Banyak aku jumpa waja, wira, gen 2 terbako tepi jalan kampung. Pakai pulak coolant air, lagi la berkarat2 radiator tu.
Quote musangbodoh 13-12-2021 11:09 AM
cuma nk bgtau selalulh perati temperature kereta...dan bila ada bau pelik2 keluar dr tmpt econ tu sila lh perlahankan kereta dan berhenti tepi buat hazard light...pastu turun dan check kereta...
Quote nononcrux 13-12-2021 11:14 AM
byk kes mcm ni takde notification on dashboard, wiring problem bergesel spark terus terbakar.. mmg tak sempat nak keluar tanda dekat dashboard paling cepat bau hangit dan terus burn out
Quote slyfynx 13-12-2021 11:18 AM
Betul cakap semua.
Temp kereta bukan tgk mase panaskan kareta je.
Sbb tkt ade leaking kt radiator ke, kipas x pusing ke.
Lg2 kalau tibe2 aircond xmo sejuk kalau kete idle.
Rajin2 la tgk temp.
Even ade perubahan sikit dr biasa pun, gi cek ngn pomen.
Jgn buat pemeriksaan sendiri and assume kete dalam keadaan baik.
Trust your instinct.
Quote nellyberry 13-12-2021 11:24 AM
Sebab apa kereta boleh terbakar ye?
Selalu sangat tengok kereta yang dah terbakar tepi jalan.
Kebanyakkannya kereta dari Proton dan Perodua.
Ada tu, kereta baharu lagi.
Quote Jitu 13-12-2021 11:42 AM
bukan masalah radiator ni sbb dia kata dari but asap keluar masa tengok side mirror belah driver
kemungkinan ada kaitan masalah wiring

Quote Dwdrum 13-12-2021 11:45 AM
MissVixen replied at 12-12-2021 05:57 PM
Masa bawak tu rajin2 la tengok dashboard. Aku kena dulu radiator tu bocor. Suhu naik dan enjin tu ma ...

Sign keluar di dashboard kena segera shut engine ... Rasa nya bila warn keluar depa tidak sedar... Sehingga bau hangit.. Means too late ..
Quote kotakominami 13-12-2021 12:12 PM
Kalau radiator patut ade signal kan...sebab saya pakai persona. Waktu temp. naik ade kuar tunjuk kat dashboard.nasib perasan brenti tepi jalan nak start balik dah tak boleh...pastu panggil towing bawak g proton diorang bukak tgok radiator bocor dengan karat byak tak pernah bawak cuci..paip hose pon bocor karat...abis dlm rm500 gitu....tapi kalau macam org ni asap kat but belakang takut paip ekzos tersumbat atau brake bergesel atau spark wiring...
Quote sukacactus 13-12-2021 12:17 PM
Dua hari lepas (xsalah) ada murano terbakar kat bwh flyover ke unimap ulu pauh
Tp semua sempat keluar selamatkan diri jg
Quote Artemesiaa 13-12-2021 01:44 PM
Banyak dah jadi macam ni selalu sebab wiring.  
Quote KIM.K 13-12-2021 01:47 PM
Sparepart tiruan boleh berasap enjin
Kipas ke mana2 alat ganti china tu bahaya
Quote eely_shana 13-12-2021 07:47 PM
Nak juga tahu sbb knapa kereta blh tbakar
Quote ketambangkang 14-12-2021 11:07 AM
prettyuglybabe replied at 13-12-2021 09:53 AM
kalau nak jalan jauh ni, check la condition kereta sebelum gerak kalau korang jenis servis ikut dan. ...

Allahuakbar tu jenis mcm aku tu..tq di atas peringatan
Quote tumpanglalu74 14-12-2021 11:42 AM
Tidak berbau.  Selalu keluor mesej ney kt RTM dulu2..  Aku terpikey, bau ape?  Rupe2nye bau asap la kot..

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.072469 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top