CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Duit Aku Habis Kadang Tanpa Aku Dapat Sesen Pun,”-Ozlynn Wati

10-12-2021 10:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4594| Komen: 26

Ozlynn Wati mengakui dirinya berasa amat teruja apabila diberikan kesempatan untuk kembali bekerja selepas beberapa bulan tidak turun ke set pengambaran.

Menurut Ozlynn, dia sebenarnya lebih selesa untuk memenuhkan rutin hariannya dengan bekerja berbanding hanya duduk ‘terperap’ di rumah.

Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan pendapatan yang diperoleh sebagai seorang pelakon untuk berbakti dan berbuat baik kepada keluarganya sendiri serta buat orang-orang yang memerlukan.

Foto: IG

“Bila mama dah mula bekerja, ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap. Ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam. Selagi boleh cari rezeki sendiri..buat.


“So aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku. Bagi aku peluang bekerja.

“Selalu duit aku bagi dia bawak anak-anak beli toys or game dia dengan anak-anak dan yang pasti mereka yang memerlukan pon ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pon,” tulisnya.



Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Akibat pernah merasai kehidupan yang agak susah satu ketika dahulu, Ozlynn memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu orang lain turut berhadapan dengan situasi yang sama.




“Tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling. Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang-orang yang aku tak terduga. Mungkin, kita tak pernah tau kan.. rahsia Dia.

“So aku seronok bila dapat buat orang tarik nafas lega, dapat buat orang tersenyum. Kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita. Paling seronok bila dapat bantu orang.

“Kadang jadi pendengar pon boleh buat orang lepaskan lelah. Apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia. Maklumlah, sebab aku dengan suami pernah merasa kesusahan tu,” ujarnya lagi.



Dalam pada itu, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengamalkan sikap berkongsi rezeki ketika senang mahupun susah.

“Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka. Jadi kena sentiasa alert. Tak nak orang rasa macam mane kami rasa dulu. Tak banyak, sikit insyaAllah ada bahagian orang lain tapi bukan dah berada ni baru nak berkongsi.

“Tips dia berkongsilah masa tengah diuji. Jangan merungut. Jangam membeza-bezakan kehidupan oramg dengan kita. Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap.

“Seeloknya bersyukur dan berusahalah untuk memajukan diri. Jangan banyak alasan. Paling penting, JAGA DIRI. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari musibah dan Covid aamiin yra,” ujarnya lagi.



Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keperibadian tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlyn sekeluarga akan sentiasa dimurahkan rezeki.

Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-12-2021 11:30 AM
Nk tinggal pesanan pon kne tulis kt ig

Nk pesan kt fmly sendri xblh direct ke
Quote stingergrocer 10-12-2021 11:44 AM
Normabaru replied at 10-12-2021 11:30 AM
Nk tinggal pesanan pon kne tulis kt ig

Nk pesan kt fmly sendri xblh direct ke

Rumah besar....the best way to connect yo your kids these days through socmed platform...every kid has a gadget of sorts.

Ko apo tahu? Anak pun belum ada....laki jgn cakap la...walau PERNAH ada






Kahkahkahkah
Quote Suchi 10-12-2021 11:44 AM
Edited by Suchi at 10-12-2021 11:45 AM

Humblebrag manjang, bosan laaa haihhh
Semua menda nak justifikasi panjang lebor
Takde sapa kesah laa ko nak ngabiskan duit kat sapa ke
Quote orkidorkido 10-12-2021 11:49 AM
Hidung dia lawa, menjadi
Quote makadek 10-12-2021 11:51 AM
Dia ni cantikk wlpn tk mekap
Sepesen dgn elyana
Quote DianaSaksen 10-12-2021 11:55 AM
Berkongsi rezeki ? Bagi pinjam aku sekejap periuk le creuset
Banyaknya koleksi
Quote NFBZCantik 10-12-2021 12:31 PM
okay..........
Quote oggy 10-12-2021 01:17 PM
Ramai je artis yang selalu berkongsi rezeki senyap2, tak payah buat karangan kat IG.
Quote orkidorkido 10-12-2021 01:51 PM
oggy replied at 10-12-2021 01:17 PM
Ramai je artis yang selalu berkongsi rezeki senyap2, tak payah buat karangan kat IG.

Kalau tak gebang orang tak tahu
Quote bluebutter 10-12-2021 02:06 PM
Mcm ada betul jugak tu. Semua kan perap dalam bilik.
Quote dudaberhias 10-12-2021 02:17 PM
tak habis2 la dok cerita karangan berjela... tapi akak kagum dengan ko dikkk... kerja untuk orang2 sekeliling... dah ada gaji tu pergi la groom diri tu sikit... kepam ya amat... rambut tu style balik macam ozzlyn dulu2 yang elegant ayu etc... jangan kau kumpul duit2 tu hujung2 naik ketapi tambang rendah ke hatyai untuk buang kopek dan pasang ciknek sudah...
Quote Denco 10-12-2021 02:24 PM
smpai 5M tollower nk baca caption ko pjg2 mcm ni...mujur x follow, klu tak mau kemurungan slps unfollow
Quote chocobozhere 10-12-2021 02:33 PM
Bestnya ada anak ramai. Meriah rumah
Quote Kurex 10-12-2021 02:47 PM
tapi anak dia yg jantan tu muka boleh tahan
Quote hotmak 10-12-2021 02:59 PM
oh anak yg ni nama cherdiq, takpelah duit habis pun tau mana halanya kan, dah keluar kerja pun untuk me time bukannya cari nafkah
Quote mizruncing 10-12-2021 02:59 PM
dia ni caption tak karangan tak sah
Quote aayz 10-12-2021 03:07 PM
Humble brag.. hujung2 beli Hermes dekat PS Wan Coline. Baik lah tukar tilam sebelah katil Yg husband dgn Anak dia tidoq tu. Colour da hitam lasam da..
Quote OyaTonggek 10-12-2021 04:05 PM
Edited by OyaTonggek at 10-12-2021 08:06 AM

humble brag...ujung2 beli beg kertas warna kuning bak kate wan katijah kolin..
Quote missyL 10-12-2021 05:15 PM
Yg gmbo ngn bby tu acah2 tido pastu soh laki amek gmbo ke..
Haih hahahaha. Lawak plk rase

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.039477 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top