CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mira Filzah Tak Sorok Kalau Hamil, Nak Bulan Madu Ke Eropah Sebulan Dengan Suami

10-12-2021 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9403| Komen: 72

Desas-desus mengatakan Mira Filzah kini berbadan dua nampaknya masih menjadi tanda tanya apabila pelakon drama The Hotel itu tidak mengesahkan perkara berkenaan.


Menurut Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, spekulasi hamil bukanlah perkara baharu baginya dan memahami keterujaan peminat ingin melihat dia memiliki cahaya mata.


Foto: IG

“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung.

“Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini.

“Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok," katanya kepada mStar.



Mira berkata demikian semasa ditemui di majlis pelancaran model baharu telefon pintar Vivo V23e di Hotel Majestic, di ibu kota.

Dalam pada itu, Mira berkata, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai spekulasi termasuk penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat berhubung kehamilan itu.



Malah, dia melihat semua itu adalah satu perkara yang baik dan mungkin menjadi doa agar impian itu tercapai.

“Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham.

“Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa... sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.



Dalam pada itu, Mira memberitahu dia sudah merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar, 31, bermula pada minggu hadapan.

“Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka.




“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),”katanya.

Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September 2020. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 10-12-2021 08:24 AM
"
“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),”katanya."

Bijakla migha basic ni dari yg diri sekor terpaling tu
Quote chandrahusin 10-12-2021 09:03 AM
klu takde anak okay je nak ke mana2
yg org marah klu ada anak2 bederet
kau sibuk ke sana sini
mcm takde apa2
alangkan yg pegi sekolah pun dh byk jangkitan skrg
Quote stingergrocer 10-12-2021 09:11 AM
chandrahusin replied at 10-12-2021 09:03 AM
klu takde anak okay je nak ke mana2
yg org marah klu ada anak2 bederet
kau sibuk ke sana sini

How ironic... yg lebih dikhuatirikheun bukanka kita org dewasa sedangkheun infections pada anak anak kecil barely?

Quote stingergrocer 10-12-2021 09:13 AM
LadyCarefree replied at 10-12-2021 08:24 AM
"
“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil  ...

"Sabar ye baby fatima ...mummy syg fatima to mars and back"

Ahaks



Kahkahkahkahmahkahkah
Quote NFBZCantik 10-12-2021 09:31 AM
stingergrocer replied at 10-12-2021 09:13 AM
"Sabar ye baby fatima ...mummy syg fatima to mars and back"

Ahaks


Quote stingergrocer 10-12-2021 09:54 AM
NFBZCantik replied at 10-12-2021 09:31 AM

A bimbo will always be a bimbo......

Nak menyelindungi kebimboaan dibalik anak sorang yg tak berdosa dan tak tahu cuti iteww apa....

Bak kata anak jiran aku...pentingnya education....
Quote epal_putih 10-12-2021 10:07 AM
okelah mira
selamat bercuti ... hahahhaah
Quote kembarsiti 10-12-2021 10:21 AM
Tok laki ade duit ke nak bercuti tu. Tanya je.
Quote tulip-rain 10-12-2021 10:23 AM
LadyCarefree replied at 10-12-2021 08:24 AM
"
“Lagipun sampai bila nak tunggu Covid-19 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil  ...

Kikikiki
Yg sekor tu mmg jarang sangat bijaknya.
Bodohnya banyak.
Pemuja kata yg tu dia nak bagi kesedarannnnn
Kiter tengok sampai biler dia tahan tunggu covid turun dan sampai biler nak guna anak.
Quote tulip-rain 10-12-2021 10:25 AM
stingergrocer replied at 10-12-2021 09:13 AM
"Sabar ye baby fatima ...mummy syg fatima to mars and back"

Ahaks

Hahahahahaha
Bodoh kan...



Selamat bercuti buat migha basic dan laki ubannya.
Quote stingergrocer 10-12-2021 10:30 AM
tulip-rain replied at 10-12-2021 10:25 AM
Hahahahahaha
Bodoh kan...


Aku lihat migha sejak ada unaina rashid keww apa nama iteww(her lookalike)...kurengg banyak dah dia ni...sebab unaina over gedikz overshadow si migha ni...

Ko agree tak?
Quote Pujangga22 10-12-2021 10:33 AM
pegilah Migha slagi blm beranak n takde baby lagi...klu dah ada baby mmg takdenya nak pegi melancong jauh2 time covid ni
Quote BarbiePink 10-12-2021 10:34 AM
Kalau takde anak
Atau tak berapa nak syg anak
Atau tak pernah kena teruk covid neh
Memang ler sembang tak ghisau
Jga sop buat kendiri
Bila esok lusa uols pegi
Ttiba anak tuh kena lagi teruk
Dari yg uols bayangkan
Bercuti tu dh tak ada makna pun dlm hidup uols
Belum kena mmg ler sembang tinggi yach

Tuk mira happy holiday
Sukati chouls nak bergumbira ya
Takde org halang pun
Yg bodo acik2 sibuk meratap sna sini
Sibuk kn anak org lain
Sukati mak deyols nah nak buat apa
Yg sadis tuh mengata sembang sgt
diri sendiri pun tak beranak lagi
Mana ler nak tau rasa ghisau jadi ibu yach
Quote KBW2 10-12-2021 10:34 AM
Bila dua ekor langau tak berotak borak-borak di ruang komen
Quote Farnor 10-12-2021 10:37 AM
Klu dia brtiktok ni..bukn guwe tgk muka dia..bentuk kepalanya yg style brtudung.trbyang tu sprti bentuk mentol
lampu tu.
Quote Masukkeluar 10-12-2021 10:42 AM
Edited by Masukkeluar at 10-12-2021 10:46 AM

teruk sgt effect post-nikah mira ni. terus jd cengkung, hilang seri..berubah terus dari zaman dia anak dara. skrg tgk gmbr gmbr dia kt ig mcm sungguh basic sebasic nya..

[ig]https://www.instagram.com/p/CXQ1Q1BP8zT/?utm_medium=copy_link[/ig]
Quote stingergrocer 10-12-2021 10:45 AM
BarbiePink replied at 10-12-2021 10:34 AM
Kalau takde anak
Atau tak berapa nak syg anak
Atau tak pernah kena teruk covid neh

Anak jiran aku yg 3 tahun iteww selalu sebut.....kerap kita lihat org yg takda anak iteww kasih sayangnya pada yg kecil iteww lebih dari ibu anak iteww sendiri....
Isolated cases you think? Think again....deeper this time....

Faham kheunz?

So please
Quote stingergrocer 10-12-2021 10:48 AM
Masukkeluar replied at 10-12-2021 10:42 AM
teruk sgt effect post-nikah mira ni. terus jd cengkung, hilang seri..berubah terus dari zaman dia an ...

Seri utk masyarakat luar macam ko apa jadahnya?

Biarla serinya iteww remain tersemat disudut hati somi berubannya yg halal iteww..

Kheunz?

Nak aku sambung lagi(tagline pendeta tersohor board sebelah)
Quote Masukkeluar 10-12-2021 10:48 AM
tapi mira ni jauh lagi bagus dari si niqabis dan laki poyonya tu..hahahah. xde nk propa nk gosok perut nk bg hint lgsung kt ig. fans yg excited, while si niqabis skrg xde sapa dh excited dia prgnant jadi terpaksa lah dia menggosok perut dan buat igs unboxing brg brg baby..Hahhaha sedih betul.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.169832 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top