|
"Saya tak aktif di aplikasi Smule, TikTok serta pelbagai lagi dan orang pun tak kenal saya ini siapa. Kalau setakat TV mungkin mereka tahu siapa saya tapi selepas itu hilang dan lupa begitu saja," kata penyanyi Salma Asis mengulas kegagalannya mencuri hati peminat sebelum ini.
Juara Mentor 5 pada 2011 dan 3 Juara pada 2016 ini berkata, kurang mesra dengan aplikasi terkini menjadi punca dia tenggelam dari radar industri seni tanah air. "Semasa menang Mentor lagi perkara ini sudah berlaku di mana orang lebih tertarik dengan bakat kelahiran Smule. Mungkin cita rasa orang dah bertukar.
"Sekarang kita boleh tengok penyanyi yang suaranya hebat pun tak popular berbanding yang menyanyi lagu ala santai dan boleh menari TikTok cepat naik dan dikenali. Saya tidaklah terasa hati kerana mungkin ini trend zaman sekarang. Saya tak boleh nak salahkan industri kita kerana ini zaman mereka untuk dapat perhatian," katanya kepada Harian Metro. Menurutnya, mereka yang memilih aktif di aplikasi begini perlu konsisten dengan apa yang dilakukan. "Hari-hari kena muat naik video agar orang kenal dan senang ingat. Saya tak tertarik sangat kerana rasa benda ini remeh dengan TikTok dan yang lain-lain. "Lagipun macam tak sesuai saya buat TikTok kerana saya pun ada anak dan mereka sudah besar. Kalau tengok emaknya terkinja-kinja dekat TikTok mesti mereka nak ikut benda yang sama. "Kita tak nak anak-anak kita terjerumus dalam TikTok dan itu sebabnya saya tak buat. Mungkin zaman sekarang zaman tular, jadi tak naklah tular dengan benda tak elok kerana anak pun dah besar," katanya. Penyanyi yang mempunyai tiga anak ini mengakui anak-anaknya suka menonton TikTok. "Anak yang sulung kini berusia 14 tahun. Saya memang tak suka mereka tengok TikTok dan pantau mereka. Setakat ini mereka tiada akaun TikTok. Kalau sekiranya mereka tengok perbuatan yang tak beradap seperti bercakap kasar dan biadap, saya terus larang mereka tengok," katanya. Salma bakal tampil dengan single terbaru berjudul Memuja Asmara ciptaan Asturi dan Yan Senara terbitan Mohd Fazli Hassan dan Asmadie Mokhadar di bawah syarikat Eria Ventures SB & Maiamanja Pictures SB. -CARI Sumber: Harian Metro
|
missyL replied at 10-12-2021 09:27 AM
X Pasti ni tnye je.
Bkn ke laki die yg dera anak tiri die..
Anak perempuan die tu..
ashilalat replied at 10-12-2021 09:40 AM
Baru nak tanya soalan sama. Anak cmne? Masih dok skali ke dgn bapak tiri yg dituduh mendera dlu?
ashilalat replied at 10-12-2021 09:40 AM
Baru nak tanya soalan sama. Anak cmne? Masih dok skali ke dgn bapak tiri yg dituduh mendera dlu?
prince_marhaen replied at 10-12-2021 09:25 AM
nok, kau feeling? Tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, dan lain-lain top artist, semua ada j ...

ADVERTISEMENT