Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memaklumkan beliau bersedia menerima apa sahaja aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang.
Perkara itu dinyatakan menerusi hantaran terbaharu di laman Facebooknya tadi. Hantaran tersebut sekaligus membayangkan persediaan beliau terhadap keputusan mahkamah berhubung rayuan sabitan bersalah dan hukuman berkaitan kes dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta yang dijadualkan esok. “Saya menerima banyak mesej, dapat panggilan, dan ada baca banyak posting dan komen-komen kat FB yang memberikan kata-kata sokongan dan doa juga. Amat menghargai setiap satunya.
“Saya sedia menghadapi aturan dan ujian Allah SWT dengan tenang dan redha. Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada hambaNya dan permudahkan segalanya,” katanya. Sementara itu, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagramnya meminta agar orang ramai mendoakan bapanya agar keputusan esok memberikan keadilan buat bapanya. “Doakan agar Daddy diberikan kekuatan menghadapi semua ujian dan cabaran ini, dan semoga keputusan esok memberikan keadilan kepadanya,” katanya. Terdahulu, Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu untuk dipertimbang dalam rayuan kes beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.-CARI Sumber: Kosmo
|
Normabaru replied at 8-12-2021 10:29 AM
Semua Hakim tu geng dia kot..klu xlepas or xdpt ringan hukuman mmg klaka la.heheheh...nway laki kaka ...
krustykrab replied at 8-12-2021 12:35 PM
Mapoih la sapa2 yg kutuk nek mah
Kt dlm ni pun ada je balaci2 nek mah
Habih l aporum car ...
jeeja07 replied at 8-12-2021 10:36 AM
Mcm sangkut je
Normabaru replied at 8-12-2021 10:40 AM
Gopal tu laki kaka kata depa nk remove sbb Gopal pro Mader mumia 96..tp utk Kes jibun ni..semua jud ...
rikiruj replied at 8-12-2021 11:53 AM
Blom habis lagi, bole pergi Federal court kan. Kalau kalah jugak, kalu BN menang boleh push pengamp ...
ADVERTISEMENT