CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asyik Tersalah Tangkap, Lelaki Menderita Ada Muka Sama Dengan Banduan

8-12-2021 08:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1576| Komen: 7

Beijing: Seorang lelaki di China melalui minggu terburuk dalam hidupnya selepas diberkas polis sebanyak lima kali dalam tempoh tiga hari.

Semuanya kerana wajahnya dikatakan mirip banduan, Zhu Xianjian yang melarikan diri dari penjara di wilayah Jilin.

Zhu menjadi buruan sejak Oktober lalu dengan pihak berkuasa menawarkan ganjaran 150,000 yuan (RM99,599.61) jika orang ramai berkongsi maklumat yang membawa kepada penahanannya.


Lelaki yang memiliki wajah mirip Zhu (kiri). Foto: Weibo

Ganjaran itu kemudian dinaikkan kepada 700,000 yuan (RM464,798.18), sekali gus menjadikan Zhu sasaran bernilai di wilayah timur laut China yang purata pendapatan bulanan penduduk sekadar 2,000 yuan (RM1,327.99).


Namun, lelaki malang yang mirip wajah Zhu paling menderita kerana kerap disasarkan pemburu ganjaran sehingga ditangkap polis tidak kurang lima kali dalam tempoh tiga hari.

Global Times melaporkan lelaki yang tidak dinamakan itu berasal dari bandar Baicheng dan wajahnya saling tidak ubah seperti Zhu berdasarkan video menunjukkan gambar seorang lelaki berjaket biru di sebelah gambar Zhu yang berbaju penjara.

Kedua-duanya berkongsi bentuk muka sama, bahkan gaya rambut yang serupa.

Mimpi ngeri lelaki itu berakhir apabila polis berjaya menahan semula Zhu pada 28 November lalu.

Dengan dua tahun lalu berbaki daripada hukuman penjara 11 tahun, Zhu kini berhadapan tambahan hukuman disebabkan tindakannya itu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 8-12-2021 08:17 AM
dah xpakai mask ke kat sana,
patut jaga la sop,pakai mask baru la org xnampak muka
Quote KIM.K 8-12-2021 08:20 AM
Nak kelubung kepala kang kena tembak tanpa soal
Menyerah jelah polis tangkap
Quote kluangman 8-12-2021 10:50 AM
copy_paste replied at 8-12-2021 08:17 AM
dah xpakai mask ke kat sana,
patut jaga la sop,pakai mask baru la org xnampak muka

Big data analytics di china dah upgrade.
Walaupun pakai facemask CCTV di sana boleh analyze identiti contoh melalui cara berjalan.
Quote copy_paste 8-12-2021 11:35 AM
kluangman replied at 8-12-2021 10:50 AM
Big data analytics di china dah upgrade.
Walaupun pakai facemask CCTV di sana boleh analyze identi ...

kesian si mangsa,xpasal2 asik kena tangkap je,kena pakai topeng full face,pastu pakai kostum...
tapi nasibbaik penjenayah sebenar dah kena tangkap,
Quote Artemesiaa 8-12-2021 01:22 PM
Naya Pak Karim eloklah buat operasi muka
Quote gideoncross 8-12-2021 05:47 PM
kluangman replied at 8-12-2021 10:50 AM
Big data analytics di china dah upgrade.
Walaupun pakai facemask CCTV di sana boleh analyze identi ...

Modennya dorg, smpai cra brjalan pun boleh detect.
Quote keane.somewhere 8-12-2021 06:30 PM
Boleh banyak Kali Saman malu Polis

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.342731 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top