Sepasang suami isteri dari Pakistan yang terkandas di sempadan India-Pakistan lebih daripada 70 hari, kini menjadi tajuk berita antarabangsa selepas mereka menyambut kelahiran bayi yang diberi nama 'Border'.
Bayi lelaki yang dilahirkan pada 2 Disember lalu kini menjadi viral kerana namanya yang unik. Menurut India Today, pasangan yang dikenali sebagai Nimbu Bai dan Balam Ram, berasal dari daerah Rajanpur di wilayah Punjab. Mereka telah terkandas di Attari, sebuah perkampungan yang terletak kira-kira tiga kilometer dari sempadan India-Pakistan selama lebih dua bulan lalu bersama 97 warga Pakistan yang lain.
Ketika sedang sakit mahu bersalin, Nimbu Bai dibantu oleh beberapa wanita dari kampung yang berdekatan. Penduduk tempatan turut menghulurkan bantuan dengan mengatur kemudahan perubatan untuk bersalin. Ketika ditanya mengenai pemilihan nama unik untuk bayi mereka, pasangan itu berkata ini kerana anak tersebut dilahirkan di sempadan. -CARI Sumber: mStar/ India.com
|
prince_marhaen replied at 7-12-2021 02:30 PM
yang aneh aneh ni biasalah IND IND je...
ADVERTISEMENT