CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peliknya Cara Sambut Hari Jadi, Ibu Dan Anak Berbogel Di Media Sosial

7-12-2021 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1344| Komen: 1

Tindakan wanita ini merakam foto bogel bersama anaknya sebelum ia dimuat naik ke media sosial membawa padah apabila dia dipenjara tiga bulan.

Rosemond Brown, 32, dari Ghana berkongsi foto itu untuk meraikan hari lahir anaknya yang ketujuh.

Posting pada 20 Jun itu ternyata menimbulkan kemarahan pihak berkuasa sehingga dia didakwa atas kesalahan keganasan domestik.


Foto: Daily Star

Ia turut menyebabkan wanita yang bekerja sebagai pelakon itu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan pada April lalu.

Dia bagaimanapun berjaya mengenepikan hukuman itu selepas membuat rayuan.

Namun, dia sekali lagi dijatuhkan hukuman sama selepas perbicaraan diadakan semula pada 1 Disember lalu.

Brown sempat memuat naik satu posting di Instagram sejurus dia dikenakan hukuman itu.

"Anak, saya sayang kamu dan tuhan sentiasa bersamamu. Ibu akan pulang," tulisnya.

Menurut Newsflash, hakim Christiana Cann berkata, pihak mahkamah tidak boleh bertolak ansur akan hal itu kerana berlakunya peningkatan kes rogol, keganasan fizikal dan bahan lucah di negara itu. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 7-12-2021 11:45 AM
mau promote anak kot untuk group pedo / child trafficking kot..
mcm yg orang tuduh hillary duff buat kat anak dia tu..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.131558 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top