CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sorry Fatima,"-Fazura Batal Percutian Ke Luar Negara

7-12-2021 11:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20640| Komen: 243

Gara-gara penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak, selebriti jelita, Nur Fazura membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisha bercuti ke luar negara.


Menerusi hantaran dalam Instagram, pelakon filem Pisau Cukur itu memuat naik sekeping gambar memaparkan berita luar negara yang melaporkan tentang penyebaran virus Omicron.

Kata Fazura atau nama lengkapnya  Nur Fazura Sharifuddin, demi keselamatan puteri kesayangannya, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat.


Foto: IG

“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.


Perkongsian isteri kepada Fattah Amin itu yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut menyita perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.



Beliau meninggalkan komen ringkas dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.

Selain Noor Hisham, ruangan komen hantaran pelakon dan usahawan itu juga dibanjiri ratusan respons daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakannya.



“Ya, lebih baik duduk rumah,” kata Nad Zainal.

Hujung November lalu, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia.



Keadaan tersebut membimbangkan masyarakat dunia susulan keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan varian Omicron sebagai Variant of Concern (VOC) yang diklasifikasikan lebih berbahaya dan cepat merebak. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurul_007 7-12-2021 11:08 AM
“Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya,” tulisnya.

beza sangat ayat "batal percutian tu" ni pun buat thread apa lah tt ni
Quote mizruncing 7-12-2021 11:20 AM
tak payah nk keluar negara. buat je mcm family keknis tu. naik jet pegi laa private island ke mane. redang ke langkawi pon just enough
Quote Qatrunnadaain 7-12-2021 11:42 AM
Comel betul baby tima ni... betul2 baby yang mcm dalam iklan2 gitu... daddy pun sgt handsomeeee.. mommy pula natural beauty... please make more cute babiess..!!
Quote Masukkeluar 7-12-2021 11:56 AM

gebu kulit mu timoh..kena gigit nyamuk ke tu merah merah? haha
Quote Acikgomen 7-12-2021 12:01 PM
Acik mohonnnnnn sangat @tulip-rain masuk memberi sepatah dua ucapan
Quote dejure 7-12-2021 12:01 PM
mizruncing replied at 7-12-2021 11:20 AM
tak payah nk keluar negara. buat je mcm family keknis tu. naik jet pegi laa private island ke mane.  ...

Kannn..i pon x faham knp org kemaruk sangat nak p travel oversea skg ni..dgn keadaan yg masih belum pulih 100%. Lainlah kalau nk p oversea mmg ada hal yg xdpt nak dielakkan tu lainlah.ni kalau saje2 nk holiday mcm tempah maut aje..kalau p oversea tempat2 yg jarang2 org pergi xpelah juga.ni balik2 london,eropah
Quote mendeluk 7-12-2021 12:06 PM
Poyo lah tt ini. Kadang topik yang tak relevant takyah lah post. Topic camni pun nak kena post jugak ke lahai..
Quote dudaberhias 7-12-2021 12:23 PM
dia takde kata pun batal percutian...
tapi tak payah lah travel waktu2 ni... iols pun gigih la nak mengtravel jugak nak habiskan credit tiket.. tapi tiba2 ada omicron baik travel dalam negeri sahaja sambil hirup kucate...
Quote Tudungpink 7-12-2021 12:54 PM
dudaberhias replied at 7-12-2021 12:23 PM
dia takde kata pun batal percutian...
tapi tak payah lah travel waktu2 ni... iols pun gigih la ...

Wow kucate
Quote Kurex 7-12-2021 12:58 PM
Ni pun nak bukak benang ke lehnat?
Quote stingerGV 7-12-2021 12:59 PM
Potima, Takdanya cute ngetopnya...besa besa je...
Quote stingerGV 7-12-2021 01:01 PM
Dato Rizalman lek lek diharrods skg....
Quote tulip-rain 7-12-2021 01:22 PM
Acikgomen replied at 7-12-2021 12:01 PM
Acik mohonnnnnn sangat @tulip-rain masuk memberi sepatah dua ucapan

Aduhaii. Acik gomen seru iols. Dengan ini iols "terpaksa" masuk meninggalkan komen.
Quote tulip-rain 7-12-2021 01:31 PM
Sebenarnya pajurap yg teringin sangat2 nak bercuti luar negara tu.
Tiber2 guna fatima. Kesian fatima

Ehh kawan2 missfake macam si puteri garit tu nak gi umrah ye?? Ke nak pergi tempat lain? Jadi missfake tak ikut lah?
Nak pujuk hati sbb tak leh jalan2 oversea lah tu.
Quote stingerGV 7-12-2021 01:34 PM
tulip-rain replied at 7-12-2021 01:31 PM
Sebenarnya pajurap yg teringin sangat2 nak bercuti luar negara tu.
Tiber2 guna fatima. Kesian fatim ...

Kheunzzz?

Yolah tengok kawan kawan retis dah all over the globe cuti....mana tak gatal bijik nak travel jugak....

Last last sitecik yg tak tahu apa apa lagi dijadikhen sandaran...

Bingai betul

Quote mendeluk 7-12-2021 01:40 PM
stingerGV replied at 7-12-2021 01:34 PM
Kheunzzz?

Yolah tengok kawan kawan retis dah all over the globe cuti....mana tak gatal bijik nak  ...

Hahahahahahahaha
Quote prince_marhaen 7-12-2021 01:49 PM
tak kesyahh la Timoh... bercuti kat mana-mana pun asal ada daddy Timoh di sisi membelai-belai... meols onzzz sajerr.. tibehhh meols berangan... tapi meols love pajurah jugak...
Quote gigi 7-12-2021 01:52 PM
itu pon nak bagitau ke..........tak pon kau gi la visit kawan BFF tu RIZMAN RUZAIMI
Quote cmf_premierleag 7-12-2021 01:54 PM
mcm la timoh tu paham vacation ke obersi ke lokal ke ada beza ke bagai
cakap je la ko yg gedik nk travel obersi

Lihat semua komen(243)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059216 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top