CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Seminggu Kahwin, Isteri Minta Cerai Sebab Suami Bagi RM8.80 Je Sehari

7-12-2021 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3725| Komen: 25

Jakarta – Seorang lelaki mendedahkan mengenai kisahnya yang ditinggalkan isteri gara-gara memberi wang  nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari, lapor laman berita Berita Hits.


Menerusi klip video yang dimuat naik di laman TikTok,  si suami  berkata, dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan selama seminggu.

Dia yang bekerja sebagai buruh  bangunan bagaimanapun terpaksa menceraikan isterinya selepas wanita berkenaan tidak dapat menerima hakikat bahawa dia hanya diberikan duit nafkah sebanyak itu.

Foto: Tiktok

“Isteri saya menceraikan saya kerana dia diberi nafkah sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) sehari.


“Ia juga disebabkan oleh pekerjaan saya sebagai buruh. Keadaan rumah yang buruk membuatkan isteri meninggalkan saya walaupun kami baru seminggu bernikah,” kata lelaki tersebut pada keterangan dalam videonya.

Hantaran tersebut menjadi tular dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen.

“Saya tidak mahu jadi hipokrit. Apa sahaja yang boleh dilakukan dengan wang sebanyak 30,000 rupiah (RM8.80) pada zaman sekarang?” kata seorang netizen.

“Di rumah ibu bapanya dia sudah terbiasa makan makanan sedap. Tiba-tiba diajak hidup susah, pasti sukar untuk menerima,” komen seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote natrahn 7-12-2021 10:26 AM
Macam duit belanja pi sekolah  
Quote Normabaru 7-12-2021 10:34 AM
Hmm...8.80 sehari..okla tu..sebulan dh bpe..tambah plk ko kawen suka sama suka..nk mcmana lg?

Kt msia ni ramai xdpt nafkah lgsg Tau x...bykkn bsyukurrr plsss
Quote angelofish 7-12-2021 10:39 AM
nafkah tu campur duit lauk ke
Quote krustykrab 7-12-2021 10:49 AM
Huntong trisnit dgn frisikies...perah je ayaq mani jantan malaya, dptla lebih dari tu
Quote Mooverine 7-12-2021 11:02 AM
lol masa before kawin, deting-deting bercinta tak ada cerita pasal diri masing-masing ke macam mana ni..
kenapa macam si pompuan tekezut sangat lepas kawin..
Quote Simunggu 7-12-2021 11:04 AM
dah tahu bakal suami miskin nak juga kahwin, dah kahwin menyesal pula, cerai....susah mau dijelaskan perempuan ni
Quote dekmieDandy 7-12-2021 11:44 AM
tadi saja google living cost kan indon ngan sini, nampak lebih kurang je. tapi still kenapa ramai yang cuba masuk sini yer?

https://www.numbeo.com/cost-of-l ... ;country2=Indonesia
Quote sukacactus 7-12-2021 12:02 PM
Motif la nak buat terkejut sgt si pompuan tu
Ko kawin dgn buruh kot
Quote TomyamPuteh 7-12-2021 01:02 PM
OK la tu. Sempat la jugak merasa nikmat kawin.
Quote Jitu 7-12-2021 01:15 PM
dekmieDandy replied at 7-12-2021 11:44 AM
tadi saja google living cost kan indon ngan sini, nampak lebih kurang je. tapi still kenapa ramai ya ...

borak2 dgn indon katanya kat sana susah nak dpt kerja
pastu kat kampung ni org lg suka upah indon bila bt rumah sbb rajin
org kita pemalas tahu nak duit je kerja tak siap
tp ni kat tempat sy
klu indon kat tempat lain tak tahu lah
Quote Jitu 7-12-2021 01:17 PM
TomyamPuteh replied at 7-12-2021 01:02 PM
OK la tu. Sempat la jugak merasa nikmat kawin.

sekejap sangat tu
takut nnt malam2 tak tahan
Quote DayangKirana 7-12-2021 05:26 PM
cepat nau, seminggu je dh cerai.
bunga rampai pon tak dan kering lagi..
Quote edayildiz 24-12-2021 11:32 PM
sblm kawen xde ke tnya dulu
.u blh bg i duit belanja berapa sebulan..giteww..silap2 acik porem langsg xdpt duit lanjer dr husbaby dorg
yg sebetolnya laki kena bg berapa duit blnj kt bini..? kalau gji laki 4k..mana cukup..terima la seadanya..janji xcurang jer...
Quote mbhcsf 25-12-2021 12:00 AM
masa taaruf , macam mane background check? sekufu ke tak ?

bukan ape, nak elak risiko cerailah....

Quote green~tea 25-12-2021 12:07 AM
Takkan la tak bincang dan kenal kemampuan husband before kawen...
Quote faraway1 25-12-2021 01:33 AM
Kahwin camtu aje ke, tanpa kenal..

Takkan pompuan tu harap dapat cam rosmah bila kahwin buruh
Quote eyansss 25-12-2021 03:35 AM
dekmieDandy replied at 7-12-2021 11:44 AM
tadi saja google living cost kan indon ngan sini, nampak lebih kurang je. tapi still kenapa ramai ya ...

kerja susah nak dapat n gaji murah gila...  bibik kat sana rm150-rm200 je sebulan...
Quote stingerboss 25-12-2021 06:37 AM
mbhcsf replied at 25-12-2021 12:00 AM
masa taaruf , macam mane background check? sekufu ke tak ?

bukan ape, nak elak risiko cerailah....


Cerai iteww halal....walau perkara yg dibenci TUHAN...

Bak kata anak jiran yg 3 tahun....ayat ko ibarat menggambarkheun...biar mencari kebencian TUHAN jgn cari kebencian diri dgn stay in the marriage?

Ko jgn jawab....kalau tak mahu kena rembat  kaw kaw.....


Kahkahkahkah
Quote stingerboss 25-12-2021 06:40 AM
eyansss replied at 25-12-2021 03:35 AM
kerja susah nak dapat n gaji murah gila...  bibik kat sana rm150-rm200 je sebulan...

Bibik2 disini gaji tinggi sebab role serta tanggunjawab mereka bukan setakat membantu keluarga serta maam besar tapi ambil alih tanggunjawab maam utk 'serbis' sir bila maam datang piyed...

Ko ghaser?


Kahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.137633 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top