CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Afieq Shazwan Nekad Bakar Surat Cinta Bekas Kekasih

7-12-2021 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1785| Komen: 5

Enggan lagi mengenang kisah cinta lama, penyanyi Afieq Shazwan nekad membakar surat kenangan yang pernah diberikan oleh bekas teman wanitanya.

Babak Afieq membakar surat cinta itu ditunjukkan dalam video muzik (MV) lagu nyanyian semula Layu Dihujung Mekar yang dimuat naik di YouTube sejak 26 November lalu.

Foto: IG


"Ya saya ada bakar surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya.

"Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi... semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.


"Saya tak mahu lagi kenang benda lama... biarlah benda lepas berlalu. Siapa wanita itu? Biarlah hanya saya yang tahu!" katanya kepada mStar.



Lagu Layu Di Hujung Mekar versi Afieq itu dimuat naik di saluran YouTube FMC Music dan menjadi trending nombor satu di laman tersebut.

Untuk rekod, lagu ini pernah dinyanyikan oleh kumpulan Rio dan popular pada awal tahun 2000.

"Mulanya saya menyanyi sekadar suka-suka sahaja tapi tak sangka ramai peminat minta saya menyanyi lagu ini semula. Selepas berbincang dengan syarikat rakaman terhasil la nyanyian semula lagu itu.



"Memandangkan lagu itu ada persamaan dengan kisah saya, jadi feel dan emosi itu memang sampai.

"Alhamdulillah peminat dan pendengar menyukai lagu nyanyian semula saya itu dan mereka meninggalkan komen positif. Itu sudah cukup menggembirakan saya," ujarnya.

Menyentuh mengenai sisi peribadi dan kerjaya, penyanyi berusia 24 tahun ini berkata dia masih belum mempunyai kekasih dan lebih selesa memberi fokus kepada kerjaya seni.



"Sekarang saya single. Hubungan dengan Wani Kayrie pun hanya sekadar kawan. Tentang jodoh dan sebagainya saya serahkan pada Allah.

"Lagi pula tahun ini saya agak sibuk dengan kerjaya. Fokus saya selepas ini nak seimbangkan kerja sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara.

"Alhamdulillah banyak tawaran yang diterima... memang tak jangka karier saya berkembang sangat baik tahun ini. Ini semua rezeki yang Allah bagi, saya bersyukur sangat!" katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-12-2021 11:05 AM
"Ya saya ada bakar surat dalam MV tersebut. Itu memang betul-betul surat yang diberikan oleh bekas teman wanita saya.

"Surat itu dah bertahun saya simpan tapi dah tak ada guna untuk disimpan lagi... semua janji yang ditulis dalam surat itu telah dimungkiri.
Quote OyaTonggek 7-12-2021 11:11 AM
sapa ni njir...
Quote nakkomenjugak 7-12-2021 11:52 AM
Makin lama iol makin tua
Dah banyak pbnu makin tumbuh
Quote dudaberhias 7-12-2021 12:14 PM
eee gelinya main bakar2 surat ni... ko ingat ni tahun 2002 ke dikkk...
kambuihh je la dengan kek2 expired dan kambing perap serta kucate kat belakang rumah tu... rumah heols ni luas kot ada zoo... baik kambus kat kawasan2 tu... lain la rumah jahlop tanah sekangkang kera saja.. nak mengambuih pun tak boleh apakan nak letak dua bijik keta di kawasan rumah...
Quote Lavender_Violet 7-12-2021 12:23 PM
Kesian Wanie Kayrie kena friendzone...hanya sekadar kawan biasa...kata dak Afiq

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.045740 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top