Seorang anggota beruniform dikecam oleh netizen melalui akaun Twitter My CrimeWatch apabila dengan sengaja mendedahkan wajah pesalah yang diiring dari penjara untuk tujuan kandungan Tiktok peribadinya.
Video yang tular itu telah ditegur oleh pemilik akaun Twitter tersebut kerana ia telah menyalahi etika bekerja anggota beruniform yang sedang menjalankan tugas. Pesalah atau disebut sebagai Orang Kena Tuduh dibawa keluar dari penjara pada waktu itu bagi tujuan perbicaraan di mahkamah. Wajah pesalah itu ditunjuk dari bahagian tepi ketika berada di dalam kenderaan polis tersebut yang sedang mengiringinya ke mahkamah. Ekoran dari perbuatan tersebut, netizen mahu membuat aduan ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan disiplin kepada anggota beruniform itu. Rata-rata komen menunjukkan rasa tidak puas hati dan memarahi perbuatan yang menyalahi undang-undang kerana dengan sengaja membuka aib. Demi 'view dan like', perkara yang menyalahi undang-undang pun tetap mahu dijadikan konten. Apa agaknya nasib anggota beruniform tersebut? Nak sangat popular kan! - CARI
|
ADVERTISEMENT