Jakarta – Gara-gara tidak tahan menanggung rindu, seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur bertindak menggali kubur isterinya yang baru sebulan meninggal dunia, lapor laman berita Suara.com.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan di TikTok, lelaki tersebut dilihat sedang menggali kubur isterinya menggunakan cangkul. Dia dikatakan masih tidak dapat mempercayai bahawa isteri yang amat dicintainya telah ‘meninggalkannya’. “Rindu terhadap isteri yang sudah meninggal dunia sehingga nekad menggali kubur,” demikian tulis keterangan dalam video tersebut.
Tindakan lelaki itu bagaimanapun dapat dihalang oleh penduduk setempat dan pihak polis yang pergi ke kawasan kubur tersebut bagi menghentikan perbuatannya. Sementara itu, menurut laporan laman berita Tribun News, tindakan lelaki itu bukanlah kali pertama kerana dia turut melakukan perkara yang sama pada hari ketujuh kematian isterinya. Lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bisikan ghaib menyuruhnya melakukan perkara demikian. Ketika polis tiba, dia dilaporkan telah menggali sedalam 80 sentimeter. Video lelaki tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen mengenai tindakannya. “Gara-gara menonton video ini, saya menjadi bertambah sayang kepada isteri. Susah dan senang selalu bersama. Semoga kami dapat sehidup semati,” komen seorang netizen. –CARI Sumber: Kosmo
|
ifanonline replied at 30-11-2021 10:15 AM
di dunia ini semuanya milik tuhan, tiada satu pun milik manusia
Simunggu replied at 1-12-2021 08:37 AM
yg hidup akan mati, yg lama akan diganti dgn yg baru...dunia akan kekal, makhluk akan hilang silih b ...
batu kikir replied at 1-12-2021 08:43 AM
Dunia pun tak kekal jugak
Suatu ketika nanti dia akan musnah
Simunggu replied at 1-12-2021 08:55 AM
sayang kau dan aku tak nampak bila dunia hancur
Decaffeinated replied at 1-12-2021 09:15 AM
Sabah ada gempa bumi kan?
Decaffeinated replied at 1-12-2021 09:14 AM
Lelaki berkenaan juga dilaporkan mengalami gangguan mental sejak kecil dan dia mengakui menerima bi ...
ADVERTISEMENT