Hubungan percintaan antara Mas Khan dan Diana Nasimuddin nampaknya kini melangkah ke fasa yang seterusnya. Baru-baru ini Mas Khan memberi kejutan apabila melamar kekasihnya itu.
Di Instagram, Diana ada memuat naik gambar beserta kapsyen yang romantik, ditujukan khas buat Mas yang sudi menerima ibu tunggal kepada tiga orang anak sepertinya. "18.11.21 menandakan peristiwa penting dalam hubungan kami. Terima kasih kerana memilih saya. Anda masih muda dan berjaya, anda memilih untuk mendedikasikan hidup anda untuk menjaga ibu tunggal ini dan tiga orang anaknya," tulisnya.
Diana turut meluahkan bahawa perjalanan yang mereka lalui bukanlah mudah dan hanya mereka sahaja tahu kisahnya. “Saya tahu ianya bukan satu perjalanan yang mudah untuk kita tetapi hanya kita yang tahu kisah kita. "Semoga Allah SWT permudahkan perjalan kita hari ini Insya Allah. #roadtohalal"
Di ruangan komen, Mas sempat mengakui yang dirinya tak sempurna dan mudah rasa cemburu. "Saya tidak sempurna. Apabila bercakap mengenai hubungan, kadangkala saya serabut, saya mulakan pergaduhan, saya mudah cemburu. Tetapi ada tiga perkara yang saya banggan menjadi diri saya, saya tidak main-main, saya memberikan yang terbaik dan apabila saya memilih awak, hanya awak. InsyaAllah" Tahniah diucapkan kepada pasangan merpati dua sejoli ini, sama cantik sama padan. Tak sabar nak tunggu majlis, mesti wedding of the year. Tak gitu? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|