Puan Sri Tiara Jacquelina mendedahkan dia pernah menolak tawaran untuk mengembangkan karier lakonan di Hollywood.
Kata Tiara, perbezaan budaya menjadi faktor dia melepaskan tawaran tersebut. "Sampai sekarang orang bertanya bila nak pergi Hollywood, sejujurnya memang ada ejen yang panggil untuk uji bakat watak orang Asia yang kita tengok sekarang ni. Tahun ni ada, tahun lepas pun ada... filem yang baru keluar pun ada tapi saya tak nak beritahu tajuk. "Kalau 10 atau 20 tahun dahulu mungkin saya dah merasa berlakon filem Hollywood... sebenarnya tidak semudah seperti kita bayangkan sebab kadang-kadang budaya kita, saya ini old fashion sikit.
"Saya terfikir juga kalau ada babak suruh cium takkan saya nak cakap tak boleh buat. I don’t do kissing. Mungkin itu penghalang tapi saya tak terkilan," katanya seperti dipetik di mStar Online.
|
SpyLeman replied at 24-11-2021 03:09 PM
Betul TJ ni ada class dia tersendiri. Cara cakap pun very polished. Tak mcm mokcun yg seangkatan dgn ...
newyork replied at 24-11-2021 04:00 PM
TJ Ni chindian eh ?
ADVERTISEMENT