CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dicekup Oleh JAIS Kerana Tak Puasa!

24-6-2015 11:26 AM| Diterbitkan: CMFreporter1| Dilihat: 10928| Komen: 69


sumber foto : http://assets.hmetro.com.my/


“Saya dah tak puasa sejak tiga hari lalu kerana tidak tahan haus. Tapi ini kali pertama saya datang ke tempat ini sejak Ramadan kerana ia berdekatan dengan pejabat untuk bermain snuker.

“Saya janji tidak akan mengulangi kesalahan ini dan menyesal dengan apa yang berlaku,” itu alasan seorang lelaki yang ditangkap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana tidak berpuasa di sebuah pusat snuker di Seksyen 22, di sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berusia 28 tahun ditahan ketika merokok sambil bermain snuker bersama rakannya yang turut didapati tidak berpuasa selain terdapat dua tin minuman yang sudah dibuka di atas meja.

“Tolonglah jangan tahan kami, lagi pun kami datang sekejap saja ketika waktu rehat pejabat. Kami janji akan melaporkan diri kepada JAIS petang nanti (semalam) selepas tamat waktu kerja.

Bagaimanapun, alasan itu tidak ‘menjadi’ dan dia bersama rakannya berusia 20-an dibawa ke pejabat JAIS untuk direkodkan keterangan sebelum dibebaskan dengan penjamin.

Sementara itu, Penolong Pengarah Seksyen Perundangan dan Kesalahan Bahagian Penguat Kuasa JAIS Shahrom Maarof berkata, Operasi Tidak Menghormati Bulan Ramadan (Ops Timer) ini adalah kali pertama diadakan sejak umat Islam mula berpuasa 18 Jun lalu.- CARI Infonet



sumber : Harian Metro





                   













6

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (35 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 24-6-2015 07:36 AM
x puasa bukan leh mkn pun.. kan dah kena...
Quote YaTieLemak 24-6-2015 07:36 AM
comeynya alasan dia...kipidap..
Quote redz85 24-6-2015 07:36 AM
sebenarnya memang kau takde niat pun nak puasa.. sembayang jauh sekali
Quote gaara_X 24-6-2015 07:55 AM
memalukan betul manusia cam nie...tak tahan haus...main snoker leh pulok....hadoi....alasan sampah nie...budak darjah satu pun leh puasa...nie kan pulak ekau yang dah bosa nie...
Quote chinta89 24-6-2015 08:08 AM
malu le sikit kat budak tadika.. budak tadika pun reti pose tau.
Quote ad_hoc79 24-6-2015 08:11 AM
macam2 alasan....
apa lagi alasan yang  kelakar ek
Quote fifie_olin 24-6-2015 08:13 AM
malang sgguh sape yg kawin ngan ko ni...mcm bdk2 x tahan haus bagai....
Quote aTiKah_aYuNi 24-6-2015 08:20 AM
memalukan......
Quote mawarmatahari 24-6-2015 08:24 AM
Tak tahan HAUS....ingat ni kat africa ke,kering kontang...Badan gumuk,HAUS......Haus mata aku tgk..
Quote ashraf5587 24-6-2015 08:27 AM
Kecik je aku tengok budak ni.Kesian mak pak dia.
Quote BlueEagle 24-6-2015 08:31 AM
badan sihat cukup sifat..nak puasa pun tak larat...org lain yg sakit2 pun gigih nak berpuasa...
Quote delsmomm 24-6-2015 08:40 AM
xde gambo naik van jenazah ke...
xpon pon usung dalam keranda terus...kikikikikih..
Quote Cik_Andak 24-6-2015 08:41 AM
Budak-budak pun tahan berpuasa....aduyaiii
Quote c===8 24-6-2015 08:43 AM
kat snuker mmg port melayu x puasa.pakcik2 dah bercucu pun selamba je merokok
gua penah tanya sorg pakcik, ptg balik rumah cemana?aku join la anak bini berbuka
Quote reenz013 24-6-2015 08:48 AM
dh besar pjg pun xnk pose
Quote tricomonas 24-6-2015 08:51 AM
Dia ni kerja gomen je swasta?
Quote Modngengade 24-6-2015 08:51 AM
haus sgt perangai kau dekkkk
Quote ctaz 24-6-2015 08:54 AM
dah beso nak mampos pun tak tahan haus....
abah dia tak tahan....
Quote BlueEagle 24-6-2015 08:57 AM
fifie_olin replied at 24-6-2015 08:13 AM
malang sgguh sape yg kawin ngan ko ni...mcm bdk2 x tahan haus bagai....

ada jer yg nak kawin tu...pas kawin dia berubah la tu...ni pprt punya alasan....

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.180135 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top