somber foto : www.sinarharian.com.my
"Nak cari popia," itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan. Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa. Sementara itu, Sinar Online difahamkan, selain popia Dr Mahathir turut menyukai putu piring. "Tun juga kalau ke bazar akan cari putu piring, itu antara kegemaran beliau," katanya.
Semalam kehadiran Dr Mahathir ke Bazar Ramadan Shah Alam menyebabkan keadaan sesak seketika disebabkan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan 'berselfie' dengan beliau. Bayangkan, sebaik beliau memulakan langkah untuk bergerak orang ramai sudah mula mengerumi beliau. Namun Dr Mahathir dengan gaya bersahaja dan santai tetap menyantuni orang ramai yang berada di bazar tersebut. Bazar Ramadan Shah Alam merupakan bazar keempat yang dikunjungi oleh Dr Mahathir tahun ini, selepas bazar di Kampung Baru, Putrajaya dan Keramat. - CARI Infonet sumber : Sinar Harian |
18
Bagus |
21
Marah |
15
Terkejut |
15
Sedih |
31
Lawak |
14
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
berusjamban replied at 24-6-2015 08:25 AM
pernah selfie dgn beliau.... starstuck tak habis2 sampai ke hari ini...
ADVERTISEMENT