Oleh : Dean BZ
Setiap manusia pasti mempunyai sejarah hidup tersendiri dan yang paling sukar dilupakan pastinya kenangan pahit manis ketika di zaman kanak-kanak "ribena" dulu. Era 70an, 80an dan 90an merupakan zaman dimana kelompok generasi X dan Y mula membesar. Golongan generasi ini pasti merasai pengalaman yang cukup indah kerana generasi X dan Y berada dalam transformasi kemodenan. Pada masa tu, kamera pun masih menggunakan filem. Tak macam sekarang, semuanya digital dan serba canggih.
Jom kita imbau kembali antara nostalgia di zaman kanak-kanak dulu agar ia tidak hilang ditelan zaman. Siapa tak tahu apa yang dikongsi dekat bawah ni maknanya dia dalam kelompok generasi Z, yang mana lahir tahun 1997 hingga sekarang. Dalam kata lain, lahir-lahir je dah ada telefon bimbit dan serba moden.
Mandi Sungai secara berkumpulan adalah aktiviti wajib setiap minggu. Terjun tiruk pun adalah acara wajib, semua acah-acah Pandelela Rinong.
Sumber foto : www.wwf.or.id
Biskut kapal terbang ni memang sedap, rasa pedas-pedas manis.
Sumber foto : cuitskit.blogspot.com
Gula-gula cap udang ni memang popular zaman dulu, rasanya sangatlah sedap. Pembalut sebelah dalam pun boleh makan sekali, cair dimulut
Sumber foto : ujie.com
Siapa pernah main Tikam-Tikam? Memang susah la nak luck... Asyik dapat kat orang lain je
Sumber foto : ditelanzaman.blogspot.com
Minyak rambut Poken memang kegilaan remaja suatu ketika dulu. Bila dah sapu, rambut kena ribut pun belum tentu gerak. Memang keras!
Sumber foto : koleksioldskool.blogspot.com
Pen ini adalah pen kegemaran ketika waktu sekolah dulu. RM0.40 je sebatang
Sumber foto : aanie.blogspot.com
Lastik burung adalah aktiviti paling seronok, cuma perlu bawa batu jalan sebagai "peluru". Sekali sekala terlastik sarang tebuan, lari ke sungai lah jawabnya menyelamatkan diri. Sumber foto : brahimnyior.blogspot.com
Jet Kertas biasa nya dimainkan didalam kelas ketika guru sedang mesyuarat atau setelah habis peperiksaan. Sekali kantoi, satu kelas kena denda. haha Sumber foto : i.ytimg.com
Telefon Awam merupakan penghubung utama sebelum kemunculan telefon bimbit. Memang beratur panjanglah kalau nak telefon, nak-nak waktu malam katanya kadar cas murah sikit. Sekarang ia terbiar dan berkarat sebab semua dah pakai telefon bimbit.
Sumber foto : mycuteshoppe.blogspot.com
Dulu nak dengar lagu guna kaset ni lah. Dalam satu kaset adalah dalam 10 ke 15 lagu. Sekarang semua masuk dalam memory card je, boleh muat beratus lagu.
Sumber foto : myinidiaiskandar.blogspot.com
Pasti ada yang tengah tersenyum mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu kan. Jika anda mempunyai kenangan lain yang mungkin penulis terlupa kongsi, jom kongsi disini. Jangan biarkan kenangan pahit manis anda terkubur..... begitu saja - CARI Infonet.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|