CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Rogol Wanita Dan Budak Meningkat, Perogol Mungkin Akan Dikembiri

21-11-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2692| Komen: 20

Islamabad: Pakistan mungkin melaksanakan hukuman pengebirian kimia (chemical castration) terhadap perogol bersiri.

Perkara itu diluluskan dalam Parlimen Pakistan untuk menghukum pesalah rogol dalam kes berkenaan menggunakan kaedah itu.

Undang-undang baharu bertujuan mempercepat proses sabitan dan menjatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah disabitkan dengan pelbagai dakwaan rogol.

Rang Undang-Undang (RUU) itu tindak balas kepada bantahan orang ramai terhadap peningkatan kes rogol wanita dan kanak-kanak di negara itu.

Gambar Hiasan

Kelulusan RUU itu diputuskan hampir setahun selepas Presiden Arif Alvi meluluskan ordinan antirogol baharu yang diluluskan Kabinet Pakistan.


Ia memberi laluan kepada hukuman pengebirian kimia terhadap perogol dengan persetujuan banduan dan penubuhan mahkamah khas.


RUU Jenayah (Pindaan) 2021 diluluskan bersama 33 RUU lain menjelang sidang parlimen pada Rabu.

Lapor, akhbar Dawn, ia bertujuan meminda Kanun Keseksaan Pakistan 1860 dan Kanun Prosedur Jenayah 1898.

"Pengebirian kimi proses sesuai dengan peraturan dirangka perdana menteri, di mana seseorang tidak dapat melakukan hubungan seksual untuk beberapa tempoh dalam hayatnya seperti ditentukan mahkamah," menurut RUU itu yang dipetik NDTV.

Hukuman terbabit sah di beberapa negara termasuk Korea Selatan, Poland, Republik Czech dan sesetengah negeri di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Senator Jemaah Islamiyah, Mushtaq Ahmed membantah RUU dan menyifatkan hukuman itu bertentangan dengan syariah.

Katanya, seorang perogol harus dihukum gantung secara terbuka namun tiada pengebirian disebut dalam syariah. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 21-11-2021 01:11 PM
Sepatutnya dah lama dilaksanakan
Quote musangbodoh 21-11-2021 01:36 PM
kalo buang pun, kalo potong pun...dorang boleh lg tusuk bende mcm2...dorang tu otak dh kt lutut, mereng putus urat kepala dh...janji climate smpai...

gantung ajer settle
Quote CiliPadiSedap 21-11-2021 02:24 PM
musangbodoh: kalo buang pun, kalo potong pun...dorang boleh lg tusuk bende mcm2...dorang tu otak dh kt lutut, mereng putus urat kepala dh...janji climate smpai...g ...

nanti ada kad oku confirm ramai kasihan
Quote edayildiz 21-11-2021 02:44 PM
kalau kucing kembiri biasa kena potong ke
Quote KIM.K 21-11-2021 02:48 PM
Kembiri potong tolo eh
Quote orglama 21-11-2021 03:51 PM
Setuju dgn kaedah ni..patut buat kat seluruh dunia
Quote namr 21-11-2021 04:08 PM
Kasi potong kepala je la
Quote missus_meow 21-11-2021 04:20 PM
does it work?
Quote angelofish 21-11-2021 04:27 PM
ada juga berita baik untuk wanita dari pakistan .
Quote Thunderclouds 21-11-2021 04:36 PM
edayildiz replied at 21-11-2021 02:44 PM
kalau kucing kembiri biasa kena potong ke

Buang teloq ja. Kucin2 mak i suma buang teloq. Kalo dbiaq nnt tua dia suka memancit lam umah wpun selama ni xpenah wat mcm tu and lastly dia roaming. Dh start roaming nnt end up xbalek2 umah terus. Hilang xtau mana dh.
Quote dani-rox 21-11-2021 07:07 PM
chemical castration tu bukan potong penis dan bebola, tp guna ubat utk mengurangkan hormon dan napsu seks perogol, kalau boleh biar lembik terus atau menjadi seorg Sajat

Quote naina 21-11-2021 07:09 PM
Maksudnya macam mana?
Potong terus atau buang telur je
Still boleh berfungsi menegang kan
Lainlah melemahkan jadi takkan boleh naik dan keras.
Quote CikYaYaYa 21-11-2021 07:49 PM
elokkk hukuman nie buat kat seluruh duniaa. lagikk elokk potong jee kepala biar mampuss teruss perogol2 niee
Quote mzzenma 21-11-2021 07:51 PM
meolls suggest buat je dua2

first buat castration.. lepas tu gantung sampai mampus

sebab itu yg selayaknya..
Quote gideoncross 21-11-2021 09:34 PM
Cabut je trus, biar xde apa2 lgi yg tinggal.
Quote edayildiz 21-11-2021 09:35 PM
Thunderclouds replied at 21-11-2021 04:36 PM
Buang teloq ja. Kucin2 mak i suma buang teloq. Kalo dbiaq nnt tua dia suka memancit lam umah wpun  ...

ohh mcmtu..fhm2
thanks ats pencerahan
Quote gideoncross 21-11-2021 09:36 PM
angelofish replied at 21-11-2021 04:27 PM
ada juga berita baik untuk wanita dari pakistan .

Dlu kaum prmpuan kat sna kaum llaki nya suka simbah acid sukati2 kat muka dorg, Nauzubillahminzalik punya prangai. Kat sna jejantz dorg mysogynistic nak mmpus tpi klau kote kras, prmpuan jugak yg d cri & gayah pun rmai, klau uol tngok kat YT, mmg sakit kpla d buatnya.
Quote bakingsoda 21-11-2021 09:41 PM
kalau perogol baik kasi mampos je, yg patut mandulkan bewak yg pandai buat anak tapi keje malassss
Quote saviour_09 22-11-2021 08:10 AM
sini mari jual karpet

muka byk cilaka pandang pompuan

1 kali kena hantam baru tarak nampak muka lg

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.578878 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top