CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Pertama Tak Restu, VIP Sanggup Bayar RM50k Nak Guna Sindiket Nikah Thailand

17-11-2021 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5043| Komen: 49

Kota Bharu: Golongan VIP yang membayar caj sehingga RM50,000 untuk mendapatkan khidmat sindiket nikah dari Thailand boleh meminta jurunikah datang ke mana-mana hotel di Kelantan bagi menjalankan upacara akad nikah.


Mendedahkan perkara itu, ejen sindiket nikah yang mahu dikenali sebagai Adi, 60, berkata, pada masa sama, jika enggan berbuat demikian, pasangan terbabit juga boleh memilih untuk bernikah di Thailand.


Wartawan bersama Adi, Foto: Harian Metro

"Jika bayaran mahal, pasangan pengantin juga boleh memilih sama ada mahu berkahwin di Thailand atau meminta jurunikah berkenaan datang ke mana-mana hotel di Kelantan," katanya ditemui di sini, semalam.


Menurut Adi, kebiasaannya, golongan VIP yang gagal mendapat restu isteri pertama untuk bernikah sanggup membayar sehingga RM50,000 untuk mendapatkan khidmat sindiket terbabit.

Bukan itu saja, malah katanya, layanan diberi juga setara dengan caj yang dikenakan.



"Pasangan bakal pengantin itu akan dijemput dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa menggunakan kenderaan mewah untuk ke Thailand bagi proses akad nikah.

"Jika enggan, akad nikah boleh diadakan di Kelantan saja," katanya.

Menurut Adi, pasangan pengantin sanggup membayar walaupun kos dikenakan RM50,000.

"Caj RM50,000 ini hanya dikenakan kepada golongan VIP dengan segala urusan disediakan ejen sindiket nikah.

"Kebanyakan kes yang saya terima membabitkan poligami selepas suami tidak mendapat restu daripada isteri pertama," katanya.

Namun, katanya, bayaran RM50,000 hanyalah kes terpencil dan dikenakan untuk golongan VIP sahaja.

Menurut Adi, bagi pasangan biasa, caj dikenakan serendah RM3,000 dan pasangan terbabit akan ke Thailand melalui pangkalan haram berbanding melalui jalan darat yang cajnya lebih tinggi.

"Proses nikah hanya berlangsung antara 15 hingga 20 minit sahaja dan kebanyakannya akan dilakukan pada pagi memandangkan pasangan pengantin mahu pulang ke negeri masing-masing pada hari yang sama.

"Setiap pengantin akan dibekalkan dengan sijil nikah bagi membolehkan mereka membuat pendaftaran di negeri masing-masing," katanya.

Adi turut memaklumkan, dia menerima bayaran RM500 bagi setiap kes sekiranya berjaya mencari pasangan yang mahu menggunakan khidmat nikah di Thailand.

"Tugas saya hanyalah mencari pasangan yang mahu berkahwin sebelum diserahkan kepada orang tengah yang bertindak menguruskan perkara itu dengan pihak Thailand.

"Orang tengah pula akan membayar kepada jurunikah di Thailand sebanyak RM1,000 bagi setiap kes," katanya.

Adi menjelaskan, isu sindiket nikah Thailand itu tidak akan selesai kerana sijil nikah akan diperoleh di negeri masing-masing sekiranya mereka tampil untuk mendaftar dan membayar denda.

"Perkara ini hanya akan selesai jika pihak berkuasa agama negeri tidak mengeluarkan sijil nikah bagi pasangan yang berkahwin di Thailand atau menggunakan sindiket.

"Mereka yang mahu bernikah di Thailand mungkin akan berfikir terlebih dahulu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 17-11-2021 11:51 AM
Benda elok...biarla......kat Malaysia susah sgt kan...asalkan sah disisi agama..

*Aku hanya baca tajuk
Quote Minami2013 17-11-2021 12:00 PM
Dahsyat.. rm50k.
Quote KirazMevsimi 17-11-2021 12:02 PM
macam macam. demi nafsu dan kehendak cinta. ada duit, semua jalan
Quote KirazMevsimi 17-11-2021 12:04 PM
Minami2013 replied at 17-11-2021 12:00 PM
Dahsyat.. rm50k.

tu la kaka
Quote Minami2013 17-11-2021 12:19 PM
KirazMevsimi replied at 17-11-2021 04:04 AM
tu la kaka

Ada demand, ada la supply kan.
Quote kemaruk 17-11-2021 12:22 PM
bab tu la bangkem galakkan suami langgan pelacur vietnam je

paling2 pon rm100 one shot

bukan apa.. memang lumrah nak try lubang lain sekali sekala

dah rasa sekali dua, balik semula ke lubang lama

begitulah kitarannya

suami isteri jimat rm50,000
Quote KirazMevsimi 17-11-2021 12:34 PM
Minami2013 replied at 17-11-2021 12:19 PM
Ada demand, ada la supply kan.

ha'aa kaka. betul betul
Quote stingerwind 17-11-2021 12:37 PM
noor2 replied at 17-11-2021 11:51 AM
Benda elok...biarla......kat Malaysia susah sgt kan...asalkan sah disisi agama..

*Aku hanya ba ...

Ko macam mana? Beri restu? Benda baik kheunz?
Quote Minami2013 17-11-2021 12:38 PM
kemaruk replied at 17-11-2021 04:22 AM
bab tu la bangkem galakkan suami langgan pelacur vietnam je

paling2 pon rm100 one shot

Biasa buat ke?
Quote annehuda 17-11-2021 12:58 PM
kemaruk replied at 17-11-2021 12:22 PM
bab tu la bangkem galakkan suami langgan pelacur vietnam je

paling2 pon rm100 one shot

rm100 tu sekali pakej hiv dan penyakit kelamin ke
Quote kemaruk 17-11-2021 01:48 PM

cer tanya husband u
Quote kemaruk 17-11-2021 01:49 PM
annehuda replied at 17-11-2021 12:58 PM
rm100 tu sekali pakej hiv dan penyakit kelamin ke

kondom kan ada

buhit bini sendiri kalau jarang cuci pon bakalan mengundang penyakit jugak
Quote iolss 17-11-2021 01:56 PM
klau i.. i restu je tp bak 50k tu kat i.. duit2 tiap bln tu lain kira
Quote 234126 17-11-2021 02:05 PM
Kenapa dengan topi reporter tu? Macam kena cakar kucing
Quote kemaruk 17-11-2021 02:06 PM
iolss replied at 17-11-2021 01:56 PM
klau i.. i restu je tp bak 50k tu kat i.. duit2 tiap bln tu lain kira

kalau suami simpan pompuan lagi sakit wooo

pompuan simpanan duduk kat regalia

bini duduk dengan anak2 dekat flat pprt pantai dalam
Quote rbmy 17-11-2021 02:14 PM
noor2 replied at 17-11-2021 11:51 AM
Benda elok...biarla......kat Malaysia susah sgt kan...asalkan sah disisi agama..

*Aku hanya ba ...

rumit eh turun naik mahkamah nak minta izin. permudahkan hahahahahahahahahaa asal ada duit
Quote annehuda 17-11-2021 02:15 PM
kemaruk replied at 17-11-2021 01:49 PM
kondom kan ada

buhit bini sendiri kalau jarang cuci pon bakalan mengundang penyakit jugak

ekceli bangkem penyakit kelamin ni die merebak melalui cairan badan. so kalau bangkem kata pakai kondom pun sbnrnye tu utk mencegah kehamilan je. cth macam siflis la, dok kiss kiss ngan perempuan mane ntah rupenye die ada ulser dalam mulut. so penyakit tu akan berpindah pulak pada bangkem.  kalau kate bini bangkem b***t tak basuh pun selagi dia tak mengamalkan seks dgn orang yang berpenyakit, die tetap takkan dapat jangkitan tu. nama pun sexually transmitted diseases.  tapi yelah jantan ni kalau ikut kepala bawah die je memang automatik kepala otak dia jadi bengap gitu. takde ape pun nak dibanggakan dengan menutuh banyak-banyak lubang, bukan sunnah nabi pun. Dalam ramai2 isteri Rasulullah saw pun cuma sorang je anak dara, lain-lain tu janda je pun, siap ada yang bercerai ada yang meninggal dulu dari Rasulullah saw. lelaki kalau nak bangga, berbanggalah dapat didik anak sampai jadi orang berjaya
Quote kemaruk 17-11-2021 02:16 PM
annehuda replied at 17-11-2021 02:15 PM
ekceli bangkem penyakit kelamin ni die merebak melalui cairan badan. so kalau bangkem kata pakai k ...

k                             
Quote akuMNdia 17-11-2021 02:31 PM
gigih la berhabis duit nak tambah bini macam la mati kot bertambah bini tu.

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046804 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top