CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyanyi Rock Kencing Muka Penonton Semasa Buat Konsert

17-11-2021 09:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5167| Komen: 38

Florida– Seorang penyanyi kumpulan rock di Amerika Syarikat dikecam hebat ekoran aksi melampaunya membuang air kecil pada  muka seorang penonton ketika mengadakan konsert, lapor akhbar New York Post.


Sophia Urista yang merupakan vokalis kumpulan Brass Against sedang melakukan persembahan bersama kumpulannya di festival Welcome to Rockville sebelum tiba-tiba memberitahu penonton bahawa dia perlu membuang air kecil.

“Saya perlu membuang air kecil dan saya tidak akan sempat untuk pergi ke tandas. Jadi, kita mungkin akan melakukan ‘persembahan’ bagi aktiviti tersebut,” katanya kepada penonton.

Foto: New York Post

Penyanyi rock berusia 36 tahun itu kemudiannya mengajak seorang penonton naik ke pentas dan mengarahkannya untuk berbaring. Dia kemudian melakukan aksi tidak sopan tersebut.


Sementara itu, jurucakap Polis Pantai Daytona, Messod Bendayan berkata, pihaknya sudah melihat aduan di laman Facebook mengenai insiden memalukan tersebut dan telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, Urista boleh dipenjara  sehingga setahun atau membayar denda berjumlah AS$1,000 (RM4,163) jika didapati bersalah.

Video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa jijik melihatkan aksi wanita itu.

“Menjijikkan. Saya rasa kedua-duanya mempunyai masalah mental,” kata seorang netizen. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Punat_button 17-11-2021 09:58 AM
Tak payah baca pun tau thread ni lambat at least sehari.
Quote KamikuP 17-11-2021 10:02 AM
Ahli politik yg bertanding kat Melaka bole tiru aksi ni sbb lepas ni pengundi kene kencing ya aw aw
Quote gbam 17-11-2021 10:14 AM
video ni ada kat telegram, lelaki di tengah yg sedang duduk tu nanti akan bangun dan membetulkan angle kamera masa rakaman, nampak tak lelaki yg sedang tonggeng tu, bawah skit tu ada segi putih. aa yg tu kamera close up view. dia duk adjust kamera tu masa tengah proses kencing tu.
Quote Dovahkiin 17-11-2021 10:21 AM
Fan tu pun suka kena kencing, mmg dia tak buat report la. Urista = urine, da dekat2 da tu nama.
Quote Simunggu 17-11-2021 10:39 AM
bodoh...ini wajib bagi dos penggalak
Quote nononcrux 17-11-2021 11:20 AM
band ape eh.. dorang ni pengaruh dadah la tu
Quote aHoi83 17-11-2021 11:25 AM
Negeri kebangga acik lana
Quote doubleharmonic 17-11-2021 11:27 AM
nama ko sendiri pon dah bau2 kencing hancing kan babi? sophia urinea? urinesta?
Quote MsKathryn 17-11-2021 11:30 AM
Eeeuuuuwwwwww jijik
Quote kemaruk 17-11-2021 11:31 AM
masa ceramah PH pon penonton kena kencing
Quote kakikuDibibirmu 17-11-2021 11:36 AM
Manakala di Malaysia pula, raykat kena kencing dengan Pakatan Hancing
Quote jari10 17-11-2021 11:42 AM
Florida tu kebanggaan acik lono kan?? Ke lain?
Quote eLiaD 17-11-2021 11:43 AM
he know he was gonna get pissed on..2 2 mental
RiP
Quote jari10 17-11-2021 11:43 AM
aHoi83 replied at 17-11-2021 11:25 AM
Negeri kebangga acik lana

Ehh tersama pulak.. Haha org yg berbeza ni kot.. Aku terigt acik lono
Quote salimrock 17-11-2021 11:59 AM
ni konon2 nak tiru ozzy osborne dlm filem the dirt la tu
Quote ninja9 17-11-2021 12:05 PM

Waterfall...

[youtube]-ytsOuEj2Pk[/youtube]

Quote mclaren 17-11-2021 12:06 PM
Edited by mclaren at 17-11-2021 12:10 PM
salimrock replied at 17-11-2021 11:59 AM
ni konon2 nak tiru ozzy osborne dlm filem the dirt la tu


Tak pernah tengok the film tapi Ozzy masa muda ohmaigawd comel sangat2.


Publicity at its height, daripada punya ramai tak pernah dengar Brass Against, now dah tahu. No publicity is bad kot mantranya.
Quote salimrock 17-11-2021 12:09 PM
mclaren replied at 17-11-2021 12:06 PM
Tak pernah tengok the film tapi Ozzy masa muda ohmaigawd comel sangat2.

hehe , no problem bayar fine 1k for publicity...

so now kita tahu la kenapa alif sukri, dsv, sajat suka buat2 bodo kt med sos
Quote domestobot 17-11-2021 12:32 PM
fuh ni ke budaya kuning yang diwar-warkan dalam karangan BM tahun 90an dulu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.136843 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top