|
Gara-gara bertindak kasar kepada anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil, pelakon Zarina Zainuddin menangis kesal atas tindakan luar kawalannya itu.
Sebak mengenangkan kejadian pada pagi Selasa, Zarina berkata dia berasa serba salah kerana memukul anaknya yang diketahui tidak mampu berfikir secara normal seperti remaja lain. "Selepas saya bagi Azil makan, dia mengamuk... semasa itu saya tengah memasak rendang, tiba-tiba dia datang mengamuk, saya tengah berhadapan dengan benda panas tak sengaja terketuk dia dengan senduk. "Saya sensitif sangat, Ya Allah kenapa aku ketuk dia. Saya sendiri terkejut... saya terfikir kenapa saya ketuk dia, saya menyesal Ya Allah.
"Apa yang buat saya sedih lagi hari ini... kawan rapat saya meninggal dunia semalam, macam tak percaya dengar khabar itu," katanya. Dalam siaran langsung menerusi laman Instagram itu, Zarina dilihat menangis sebak kerana bertindak kasar dengan Azil yang kini berusia 25 tahun.
|
x tahan awwww
ADVERTISEMENT