CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh 3 Orang, Makan Daging Mayat

17-11-2021 09:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2384| Komen: 12

Kejam!

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seorang lelaki dari sebuah perkampungan di Rusia yang membunuh tiga individu pada Mac lalu.


Lebih jijik, Vladimir Yadne, 32, turut memakan daging mangsa-mangsanya yang disajikan bersama minuman keras.\


Foto: Daily Star

Menurut laporan, Yadne bertemu dengan tiga individu itu ketika pulang membeli minuman keras.

Namun, berlaku adegan pergaduhan yang membawa kepada pembunuhan tiga individu tersebut.


"Dia kemudiannya makan daging mangsa bunuh tersebut," ujar Inna Nosova, ketua bahagian siasatan jenayah di wilayah Yamalo-Nenets Autonomous.

Menurut laporan itu lagi, Yadne tidak memasak daging mereka, sebaliknya makan secara mentah bersama vodka.

Sebahagian tubuh mangsa turut ditemui pihak berkuasa di lokasi berbeza.

Yadne turut dibawa menjalani pemeriksaan mental sejurus ditahan, namun disahkan waras.

Dia akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan tersebut. -CARI

Sumber: mStar/ Daily Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yayah8989 17-11-2021 09:39 AM
Psiko nye.  Seram betul
Quote Mooverine 17-11-2021 09:42 AM
Rasanya ramai lagi manusia cannibal kat dunia ni kan..
tapi tak kantoi lagi..
serammm
Quote RinIna 17-11-2021 09:46 AM
woww... mentah wei..mmg betul2 giler..
Quote babelina 17-11-2021 09:49 AM
omg.. scary nye..
Quote jahcomel 17-11-2021 09:56 AM
biasa je kalu kt belah2 rusia nih mkn org...mnde nih dh jd habit mase zmn joseph stalin lg dsbbkn kkurangan makanan akibat perang dunia...
Quote Dovahkiin 17-11-2021 10:02 AM
X pelik, russia = europe's china.
Quote nononcrux 17-11-2021 10:58 AM
nikmat ape mkn daging sejenis.. mual nak muntah
Quote musangbodoh 17-11-2021 11:44 AM
rasa2 dia start mkn bahgn mn dulu yer
Quote cik_nit 17-11-2021 03:43 PM
Gilolah.... macmanalah di kunyah benda tu? Mahu tak termuntah ke?....
Quote chazey 17-11-2021 04:28 PM
nononcrux replied at 17-11-2021 10:58 AM
nikmat ape mkn daging sejenis.. mual nak muntah

Kanibal kata, rasa daging manusia ni sama dengan daging babi.
Quote ardent91 17-11-2021 05:38 PM
3 org lawan 1 pown kalah ker? unless die ada pistol...
Quote intan244 18-11-2021 01:14 AM
x kenyal ke x masak.. x rosak perut ke.. sushi gitu

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.245276 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top