Ibu mana tidak sedih anak dicaci hina orang sekeliling. Tidak terkecuali, itulah apa dirasai ibu pelakon dan pengacara Janna Nick yang merangkul gelaran Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu.
Mengakui bangga dengan pencapaian Janna, dia bagaimanapun meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat liku perjalanan ditempuh anaknya itu dalam industri hiburan. "Walaupun selama ni ramai orang kecam dia, saya tak boleh tengok media sosial sangat sebab hati saya memang pedih kalau tengok orang kutuk dia tapi saya kenal dia macam mana.
"Nampak dia keras tapi hati dia lembut, saya memang tak boleh nak tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!" katanya dipetik mStar. Shahzani yang berusia 48 tahun dan lebih mesra disapa Mama Scha membuat luahan itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa. Tambahnya, dia sering menitip doa supaya setiap langkah perjalanan anaknya itu dipermudahkan dan bahagia dunia akhirat. Itulah onak duri perlu ditempuhi anak seni. Semoga Janna dan keluarga terus tabah berdepan pandangan berbeza khususnya yang negatif daripada orang ramai. - CARI
|
doubleharmonic: dah menang nak memekak apa lag ...
ADVERTISEMENT