CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Nak Ajar Anak Tiri Bahasa Inggeris Dan Perancis, "Shushu"

16-11-2021 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7239| Komen: 44

Setelah sekian lama menyepi, kini penyanyi rap sensasi Caprice kembali aktif di media sosial berkongsi foto dan video mesra selepas bergelar suami kepada ibu tunggal anak satu


Malah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, juga berkongsi wajah isteri dan anak tirinya untuk tatapan peminat.


Foto: IG

Bagaikan tidak sabar menjalankan tanggungjawab sebagai bapa, Caprice memberitahu akan mengajar anak tirinya Aleesya Sofea itu berbahasa Inggeris dan Perancis.

"Selamat pagi, gang dah kahwin komen di bawah. Saya akan ajar dia (anak tiri) bahasa Inggeris dan Perancis. Shushu," tulisnya.



Pada petang Isnin, Caprice selamat diijab kabul dengan wanita berstatus ibu tunggal anak satu yang berasal dari Kelantan iaitu Farra Inalis, 26.

Sementara itu, Caprice turut meminta maaf kerana lama menyepi daripada laman sosial dan berjanji akan berkongsi apa yang berlaku kepada dirinya dalam masa terdekat.



"Maaf saya menghilangkan diri lebih daripada 40 hari, banyak yang saya lalui. Insya-Allah, saya akan berkongsi apa yang sebenarnya berlaku dalam masa terdekat ini.

"Saya tahu ramai wartawan yang mencari saya berhubung perkara ini kerana mereka fikir saya kahwin senyap-senyap.

"Maaf kerana menyusahkan semua orang, saya akan berkongsi hal ini tidak lama lagi," ujarnya.




Sementara itu rata-rata peminat melahirkan rasa gembira dan mendoakan kesejahteraan penyanyi berkenaan.

"Tahniah Daddy Cap, comel anak... moga berbahagia.

"Congrats bro. I'm so happy for you. Dah ada orang jaga dah," kata beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supermum 16-11-2021 06:05 PM
Slim betul bininya. Sis is jeles (sambil melantak nasik sepinggan)
Quote MissYouSayang 16-11-2021 06:13 PM
Mujur la dia x bernikoh dgn kingkoko.kalau tak habis rosak bahasa kebangsaan.same2 pelaq .tak gitu- Cari Arbok
Quote dudaberhias 16-11-2021 06:13 PM
Semoga caprice bahagia & dapat jadi bapa yang baik kepada anaknya dan anak tirinya...

Mesti devasayu ketap2 bibir dari jauh... Harap2 caprice carikan PA untuk bini handle customer2 coway sheolsss... Takut jap lagi ada customer nak order 30 bijik penapis coway tu untuk sumbangkan kepada perkampungan malut tapi dengan syarat kena video call dulu untuk belajar tutorial buat sambal dan siap demonstrasi menumbuk lesung dengan betul. Agittewww
Quote newyork 16-11-2021 06:45 PM
dia ni kalau tak kenal cakap adik Boned aku pun caya
Quote missbigrockstar 16-11-2021 07:11 PM
Comel sungguh anak baru Caprice.
Quote missbigrockstar 16-11-2021 07:15 PM
Gambar passport pun kening terangkat sebelah
Quote Normabaru 16-11-2021 08:12 PM
Klu dh ank besar sah2 la hbs spm je spesis terus kawen xsmpt merasa hidup sekali nk rasa bebas.. So pgg plat J..

Dh dpt abe kayo terpaling ni jaga la btol2 k.. Hilang 40hari tu kan pergi bt kursus kawen tempah baju etc.. Mmg la hilang kjp dr mbawang.. Pasni confirm hilang slalu sbb nk g jjcm honeymooning.. Abe jo mohon jgn jeles yach. Hehee
Quote doubleharmonic 16-11-2021 08:16 PM
Quote Belibis 16-11-2021 08:18 PM
missbigrockstar: Gambar passport pun kening ter ...

Siyes aaahhh..kening the rock is kukinggg..
Quote makadek 16-11-2021 08:22 PM
Ok la dia pilih pmpuan biasa2
Tp hot letupsss
Quote Cik_jantung 16-11-2021 09:04 PM
Edited by Cik_jantung at 17-1-2022 07:41 AM

...........
Quote 3480 16-11-2021 09:12 PM
Tgh scroll TikTok naik video bni kepris. Cekci gak
Quote dudaberhias 16-11-2021 09:17 PM
missbigrockstar replied at 16-11-2021 07:15 PM
Gambar passport pun kening terangkat sebelah

kaka fokus kening heolss... iols terfokus hidung tu... macam hidung Jah je persis jambu air kat RNR alor pongsu gittewww satu2nya RNR jual buahan2 gini...
Quote Carcosa 16-11-2021 10:03 PM
Lawa jgk bini dia [em:17:] Badan kuruih walaupun ada anak. Tapi terkojut jgk, muda lagi, tapi dah ada title plate J. Lawa2 mcm gini pun kena cerai ya.
Apapun, semoga bahagia ye.
Quote menjad 16-11-2021 10:08 PM
Gaya gambo kahwen still macam gitu yer... Poyo betuiiii
Quote samshik 16-11-2021 10:23 PM
Aiyohhh... Tiger al quds punya pilihan.. Hebat gewe klate dressing gini...howt single moder...
Quote lotionmilo 16-11-2021 11:26 PM
Dia boleh cakap french?
Quote junhoheart 17-11-2021 12:10 AM
cantik bininya. hot hot bergetah gituh.. ni kira jandss hot la ni. jenis x selekeh. tp nnt cmne ek borak ngn caprice? ckp bm, mcm x syok pulak ngn pelat2 nya tu. ckp english, dh bunyik rapping pulak.
Quote kakigojes 17-11-2021 12:11 AM
Kenapa tak ajar Arab???

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048145 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top