Selepas memiliki mikrofon yang ditempah khas dan mencecah harga puluhan ribu Ringgit, penyanyi Aina Abdul kini memiliki jurutera bunyi khas untuk menjaga mikrofon itu.
Aina berkatya, kehadiran jurutera bunyi yang dikenali sebagai abang Daus itu umpama 'nadi' buatnya setiap kali membuat persembahan. "Dia adalah 'penjaga' yang akan menjaga mikrofon itu 24 jam dan dengan adanya abang Daus, dia dapat menjaga kualiti dan melindungi mikrofon itu dengan baik," katanya kepada Harian Metro. Menurut Aina, Daus juga bertanggungjawab untuk menata bunyi setiap kali Aina tampil untuk membuat persembahan di mana-mana acara.
"Dia juga menjaga dan menata bunyi dalam setiap persembahan saya. Bukan saja menjaga mikrofon, abang Daus juga menjaga 'bunyi' suara saya setiap kali membuat persembahan," katanya. Antara acara yang menampilkan Aina menggunakan mikrofon berwarna biru itu adalah di Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya dan terbaru di Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), Sabtu lalu.
|
firasAli replied at 16-11-2021 06:28 PM
Mikrofon mahal, tapi bila nyanyi live kat tiwi tak sebest covernya kat YouTube, byk edit ke dik?
pencintaABC replied at 16-11-2021 06:40 PM
Yisss..iols cam terkejut tgk persembahan heshe kat ABPBH tu cm biasa sajor..ada la part jeritan & ...
MissYouSayang replied at 16-11-2021 06:04 PM
Dek,kalau sore tu sedak do'oh ,pakai mic mainan pon tetap sedak dek
Fly_over replied at 16-11-2021 06:55 PM
tulah… iols pikir apa function mic mahal ni.. suaranya tetap gitu jgk. tetap bingit jgk. hihihihi ...
ADVERTISEMENT