CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mawi Dah Tak Glamour Tapi Hidup Tenang- Dulu Malam Tidur Pun Tak Boleh

16-11-2021 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20859| Komen: 198

Walaupun namanya tidak 'serancak' dulu, Mawi selesa dengan kehidupan yang dilalui sekarang.

Mawi menganggap populariti dan kemasyhuran yang diraih selepas menjuarai program realiti, Akademi Fantasia 3 (AF3) pada 2005 adalah rezeki yang sudah tertulis.


Foto: IG


"Alhamdulillah saya impikan kehidupan sekarang kerana lebih selesa begini. Kalau dulu hari-hari saya berdoa agar Tuhan kembalikan hidup saya yang asal.

"Jujur pada waktu kegemilangan dulu saya tak bersedia dan tak terfikir langsung akan jadi sebegitu besar. Saya ingatkan lepas keluar AF saya hanya terima tempias populariti sedikit tapi tak sangka Tuhan susun perjalanan saya begitu.


"Kalau dulu memang tak boleh jadi diri sendiri. Saya akui terkejut dan masih tercari-cari identiti. Belum lagi hidup saya diganggu pada waktu malam sampai tak boleh tidur. Tapi itu semua cerita lama. Kini saya rasa tenang dan selesa," katanya.



Mawi yang juga penyampai radio di Zayan FM berkata, segala gelaran seperti gelombang Tsumawi, Mawi World, Mawimania dan Raja SMS bukan keluar daripada mulutnya, sebaliknya diberikan orang luar.

"Soal rezeki bukan kita yang rancang tapi berlaku tanpa kita sedar dan jangka. Saya masuk AF3 dulu pun sebab nak jadi penyampai radio dan Alhamdulillah saya kini bergelar penyampai radio di Zayan FM.



"Berkenaan gelaran pula orang luar yang cakap dan bukan daripada mulut saya. Apa yang berlaku pada ketika itu adalah ketentuan yang sudah Allah tetapkan dan tiada yang mustahil. Saya anggap sebagai 'kun faya kun'.

"Jadi kalau kita tengok orang berjaya hari ini, tak perlulah kita pertikai. Ini kerana, sudah tertulis rezeki mereka begitu," katanya.




Terdahulu, Mawi memuat naik foto bersama trofi kemenangan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2005.

Kejayaan Mawi pada ketika itu mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya menewaskan nama besar termasuk penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 16-11-2021 05:36 PM
Oh ok..
Quote hyie 16-11-2021 06:21 PM
dah besar ye anaknya...Cahaya Malaika tak silap namanya. Bagus Mawi ni rajin berusaha, sama jugak bininya.
Quote Bebawang 16-11-2021 06:41 PM
Dah tak femes gitu lah jawapanya
Quote pencintaABC 16-11-2021 06:46 PM
Dah sendurina gitu lah jawapannya kan?
Quote SpyLeman 16-11-2021 06:50 PM
Okla. Betul la tu. Duit berkepok bkn syarat dapat tido yg tenang. Kalau tak, masakan Tok Bida sanggup terjah rumah Kebal pkl 3 pagi? Org lain tgh syok tido, bergulung dlm selimut, dia bervideo bagai tghmlm butooooo
Quote missyL 16-11-2021 07:00 PM
Gitu la kan
Tp dulu mmg mendunia
Harap mawi sempat menyimpan

Jatuh pn sbb perempuan.
Tp skang Alhamdullilah bahagia dah..
Keje kuat laki bini..
Quote 800214 16-11-2021 07:34 PM
Ok je dia ni. Sendurina pun ada keja. Wife pun rajin cari duit. Ada rumah, ada saving maybe. Aman tenteram je idupnya skrg
Quote sleepandream 16-11-2021 07:45 PM
maka passion heols sebenarnya bukanlah nyanyian yach?
Quote dudaberhias 16-11-2021 07:48 PM
terus terjunam dan sendu heolss ni lepas kahwin... ingat lagi dulu kahwin siap naik bot bagai yang pasti memang gah dari si Jah kahwin... pelamin jah rhoperr jabbal rahmah siap sedara mara keliling pelamin tu macam tak pernah datang majlis... mujur deorang tak lontar batu kat Jah jer untuk hayati konsep umrah dan haji... lepastu tapak pentas kena sapu marjerin buttercup oleh mamasabariah...
Quote PinkyPie 16-11-2021 08:11 PM
Edited by PinkyPie at 17-11-2021 08:13 AM

I think bininya pandai la buat duit. Rasanya kalau tak kawen dgn aein tu maybe dia lesap langsung dari industri tak berbunyi cam mamat Faizal ke apa ntah yg juara tu gak. Pape pun Ina Bunga tido terpaling lena la

Edited: sorry si ekin silap nama lol
Quote mojarean_X 16-11-2021 08:17 PM
Sendu2 pun aset berjuta2 kan
Quote dino 16-11-2021 08:18 PM
dudaberhias: terus terjunam dan sendu heols ...

yg penting pilihan bini die tepat…. tgk ina bunga yg dipuja puji hujung2 sorg2 cari duit dgn anak tak sekolah bagai.. hidup berlakikan laksa

meanwhile mawi aman2 sajork tak fofular cam dulu aset ado.. company ado.. siap ade movie masuk astro first nanti..  sedia utk dikecam gituh haha
Quote naina 16-11-2021 08:23 PM
Ya itulah sebaiknya..ada time kita diatas ada time kita bawah. Hidup mencukupi semuanya tu pun dah beri ketenangan dan kebahagiaan.
Nak terkejar2 dunia sangat pun buat apa kan..
Quote asfaz 16-11-2021 08:26 PM
Wangi sungguh pasangan suami isteri ni nampak bahagia tg tak dibuat2.
Takde la  canang seks no one macam suami bekas tunang tu.
Ex tunang dah kuar 4 kepala pun masih meratib Mawi Mawi Mawi... Masih gelar tunang.. euwwww
Quote oggy 16-11-2021 08:28 PM
sleepandream replied at 16-11-2021 07:45 PM
maka passion heols sebenarnya bukanlah nyanyian yach?

Iya, dia pernah cakap tujuan utama dia join AF dulu sebab nak jadi DJ.

Eloklah aman2 sahaja.. popular pun kalau hujung2 dok merintih takde job takde income takde saving nak watpe kan ..
Quote woven11 16-11-2021 08:40 PM
Gelombang tsumawi dulu. Dgn aku2 skali terjebak. Walau dah sendu, tapi sempat buat duit beberapa tahun.
Quote Acikgomen 16-11-2021 08:49 PM
dudaberhias replied at 16-11-2021 07:48 PM
terus terjunam dan sendu heolss ni lepas kahwin... ingat lagi dulu kahwin siap naik bot bagai yang p ...

Mmg skeri tgk gambo sedara mara dok keliling pengantin, juboq besaq petiais sesekor
Ohhh lupa, deyols sedara mara belah mak jah ronsen mmg keturunan petiais
Quote Acikgomen 16-11-2021 08:51 PM
dino replied at 16-11-2021 08:18 PM
yg penting pilihan bini die tepat…. tgk ina bunga yg dipuja puji hujung2 sorg2 cari duit dgn anak  ...

Mawi bisnes bagus tak mcm rentis lain
Heshe relaks2 je buat bisnes ayaq mineral
Quote kivio 16-11-2021 09:05 PM
Ni nak justify kesenduan ke? LOL
Self absorbed gila tumpang timing abp frame penuh bilik weh gelemannn haha

Lihat semua komen(198)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.101961 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top