CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

32 Tahun Tunggu Sang Hero, Akhirnya Rosyam Nor Ada Geng

16-11-2021 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5919| Komen: 38

Selepas 32 tahun menanti, akhirnya pelakon popular Datuk Rosyam Nor memiliki ‘geng’ apabila anak keduanya, Nur Anis melahirkan cucu lelaki pertama dalam keluarganya.


Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor Shamsuddin, 54, meluahkan kegembiraannya itu menerusi satu hantaran di Instagramnya sebentar tadi.

Foto: IG

“32 tahun! Alhamdulillah, lama sangat tunggu. Terima kasih Allah kerana kurniaan-Mu.

“Hasil perkahwinan aku, dikurniakan lima anak perempuan. Hasil perkahwinan anak sulung, Arniesha Azureen, dikurniakan tiga cucu perempuan,” tulisnya.



Menurut aktor yang juga seorang usahawan itu, sejak mendirikan rumah tangga bersama Runika Mohd. Yusoff 32 tahun lalu, beliau sudah lama menginginkan ‘hero’ dalam keluarganya.

Namun, impiannya hanya termakbul apabila dikurniakan cucu lelaki pertama semalam.

“Proses yang panjang selama 32 tahun, tunggu sang hero. Alhamdulillah, semalam anak, Nur Anis selamat melahirkan.

“Cucu lelaki!!! Apa nama nak letak?,” soal Rosyam gembira.


Difahamkan, anak kedua Rosyam, Nur Anis, 28, yang juga seorang selebriti media sosial (Instafamous) mendirikan rumah tangga pada 2019 telah melahirkan anak lelaki di sebuah hospital swasta di Selangor, semalam.

Sepanjang 32 tahun perkahwinan, bintang filem KL Gangster 2 itu dikurniakan lima orang anak perempuan, Arniesha Azureen, Nur Anis, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Parit.Hilton 16-11-2021 02:25 PM
alhamdulillah tahniahhhhh

confirm la jadi kesayangan atuk cucu boy tuuuu

buat la apa pun atuk takkan marah punya
Quote dudaberhias 16-11-2021 02:31 PM
Tahniah atok osyam...
Quote mizruncing 16-11-2021 02:36 PM
rezeki ada jgk boy
Quote kechikchomel 16-11-2021 02:37 PM
abang ipar iolss adik beradik dia semua lelaki (4 orang)
cucu mak dia yg 1st - ke 4 sume laki, yg ke 5 baru pompuan. (anak sedara iolss) tu pun tak macam pompuan!
cucu ke 6 pun pompuan jugak.
Quote nurizs 16-11-2021 02:43 PM
Tahniah atokk.. mesti manja lebih.. mcm anak sedare, tertumpah air, eh atoknye marah nenek sbb letak air atas meja
Quote Orangelily 16-11-2021 02:56 PM
nurizs replied at 16-11-2021 06:43 AM
Tahniah atokk.. mesti manja lebih.. mcm anak sedare, tertumpah air, eh atoknye marah nenek sbb letak ...

Cuba anak yg buat mesti kena maraa...

btw tahniah atok osyam dpt cucu boy
Quote Suchi 16-11-2021 02:59 PM
Tahniaah nampak dia happy benar, iols pun perasan gak yg family dia blm ada lelaki kecuali dia dan menantu2 ja.
Betul ke kalau adik badik kita ramai pompuan mmg susah nak dapat anak lelaki?
Keluarga iols pun mcm susah nak dapat anak lelaki, adik badik iols sorang je lelaki.
Anak buah pun 2 orang je lelaki hat lain semua perempuan.
Belah suami pun sama sorang je cucu lelaki yg lelain pompuan.

Quote SpyLeman 16-11-2021 05:14 PM
Anzalna tu ok jer dpt anak lelaki wp 5 beradik pompian. Semua tu rezeki, xde sifir tertentu. Janji anak sihat, sempurna
Quote Freezfrozen 16-11-2021 05:27 PM
Tahniah atuk!
Quote ohara 16-11-2021 05:30 PM
Alhamdulillah.  Congrats...Ni mesti jadi buah hati pengarang jantung Atok dan Nenek
Quote margo20 16-11-2021 05:50 PM
Adik beradik aku 6 org. 5 prmpn Laki sorg je no 4. Anak first abang girl yg lg 3 boy. Ank aku n anak akak aku pun boy. So total sume 6 cucu 1 girl 5 boy
Quote exclusive_vvip 16-11-2021 05:53 PM
letak nama apa? Danish?
Quote Fly_over 16-11-2021 06:00 PM
sama mcm bapa anzalna.. tahniah.. semoga tak obvious sgt pilih kasih
Quote KirazMevsimi 16-11-2021 06:44 PM
nurizs replied at 16-11-2021 02:43 PM
Tahniah atokk.. mesti manja lebih.. mcm anak sedare, tertumpah air, eh atoknye marah nenek sbb letak ...

wahhhh seronok nya hahahahaha jadi kesayangan semua orang
Quote KirazMevsimi 16-11-2021 06:45 PM
tahniah tahniah. moga bertambah lagi zuriat lelaki dalam keluarga atuk rosyam amin
Quote newyork 16-11-2021 06:47 PM
nurizs replied at 16-11-2021 02:43 PM
Tahniah atokk.. mesti manja lebih.. mcm anak sedare, tertumpah air, eh atoknye marah nenek sbb letak ...

hahaha..salah nenek lah kan sape suruh letak atas meja
Quote jiwakacau06 16-11-2021 06:50 PM
Edited by jiwakacau06 at 16-11-2021 06:56 PM
Suchi replied at 16-11-2021 02:59 PM
Tahniaah nampak dia happy benar, iols pun perasan gak yg family dia blm ada lelaki kecuali dia dan m ...

tahniah tok syam...aura cucu dgn aura ank mmg jauh beza....syg cucu lbih dr syg ank....
rsa nya jantina baby ikut sperm suami...mcm suami i....kakak dia...2 family...1 family semua ank llki ...1 family semua ank pmpuan...pdhal family suami i..6 pmpuan 3 llki..

family i...rmai pmpuan dr llki...tapi genetic kmbar kuat...2 psg kmbr...

ank i baru sorg llki...dulu i ikut petua untk baby boy ....lps brsama mengiring ke kiri...ntah btl ke tak ... bole la cuba...
Quote aderaderker 16-11-2021 07:46 PM
Tahniah Dato' Rosyam.

Bakalan manja la cucu yg ni kan..
Quote naina 16-11-2021 08:19 PM
Tahniahhh..mesti excited sangat 1 family tu
Iols pun 3 hero dah. Bakalan gegel insyaAllah nombor 4. Moga2 jadi kenyataan[em:4:]

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.164810 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top